Gelar “Orang Beriman” Bagi Yang Telah Diuji

Ujian merupakan sunnatullah yang berlaku kepada semua hamba-Nya. Tidak ada seorangpun terkecuali. Semua manusia layak menerima ujian Allah. Walau bagaimanapun, setiap ujian itu berlainan cara penurunan, keadaan, tempat dan masa. Juga kepada siapa yang dipilih mengikut kemampuan yang hanya Allah sahaja mengetahui kenapa kepada dirinya, ujian itu diturunkan.

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…” (al-Mukminun: 62)

Setiap hari kita berhadapan dengan ujian Allah. Setiap hari juga kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita tempuh. Semua ujian itu adalah dalam rahsia Allah. Allah akan menguji manusia dengan banyak keadaan yang melibatkan emosi seperti perasaan suka, gembira, resah, sedih, menangis dan marah. Kesan emosi ini muncul disebabkan oleh kejayaan, kegagalan, kelaparan, kekayaan, kemiskinan, kematian, kehilangan seseorang atau sesuatu dan sebagainya.

“Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan  kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. ” (Al-Baqarah: 15)

Walaupun ujian itu adalah rahsia Allah, tetapi kita sudah dimaklumkan sama ada melalui al-Quran mahupun hadis Nabi bahawa setiap diri manusia akan diuji. Oleh itu, berusahalah membuat persediaan untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang bakal menjelma dalam kehidupan kita setiap hari. Kehadiran ujian hidup ini bukan sekadar datang dengan sewenangnya tapi telah ditentukan sejak di lauh mahfuz di mana segala catatan kehidupan yang membawa kepada keimanan dan kepercayaan kita terhadap qadar dan qadak Allah. Ia sudah ditentukan Allah.

Sikap tenang dan sabar ketika menghadapi penderitaan, kejayaan, kelaparan, kemurungan atau kematian; mampu mendidik kita untuk menghargai setiap apa yang diberi oleh Allah. Mendidik kita untuk menangani sebarang masalah dengan rasional dan berlapang dada dan mengajar kita untuk bersandarkan kepada Allah sebagai sumber pengharapan dan tempat meminta pertolongan.

Dengan ini, secara langsung dapat meningkat dan menambaih baik keimanan yang kian menurun disebabkan leka dan lalai dengan nikmat dunia. Di samping itu, kita akan banyak belajar dari pengalaman yang dilalui dan mengambil ibrah atau pengajaran darinya.

Penurunan ujian yang pelbagai bentuk dapat membuat kita merenungi setiap kejadian yang berlaku dengan penuh rasa syukur dan tentunya beruntung. Mungkin ujian yang ditimpa kepada kita masih ringan dan dapat  diselesaikan dengan mudah, sedangkan orang lain menerima ujian yang sangat berat dan sukar diatasi ibarat berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

Harus kita fahami bahawa setiap ujian itu didatangkan sebagai satu cara untuk Allah memberi ruang kepada penghapusan dosa yang dilakukan selama ini. Subhanallah, berapa ramai dalam kalangan manusia yang mengambil manfaat dan hikmah dari musibah yang melanda dirinya. Hanya sebahagian manusia yang merasai nikmat dari ujian yang menimpanya. Banyak yang tidak bersyukur.

Segala benda yang tersedia di dataran muka bumi, yang terhampar di dinding langit mahupun yang terkandung di dalam beningnya air yang melimpah, merupakan bicara Allah untuk disampaikan kepada kita agar kita mengambil segala hikmah yang tersimpan di dalamnya.  Setiap ujian yang dilalui dalam kehidupan umat Islam merupakan salah satu dari kayu ukur untuk bergelar orang beriman. Selagi belum ada ujian mendepani, selagi itu keimanan kita belum teruji.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”  (Al-Ankabut: 25)

Mudahan Allah swt akan memberi ganjaran yang besar kepada kita atas setiap ujian yang diterima dengan penuh redha dan tabah. Mengurniakan kita dengan rahmat yang melimpah. Menggantikan segala kesedihan dengan kegembiraan. Menambahkan rezeki yang luas atas kekayaan mahupun kejayaan yang dikurnia setelah berusaha untuk mencapainya. Dan menggandakan kebahagiaan atas segala nikmat yang dicurah dalam mencari keredhaan-Nya setelah melalui segala kesusahan dan keresahan. Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Nukilan INDAHKASIHKU: 28 Disember 2011 (Rabu) – 9.44 MALAM

6 thoughts on “Gelar “Orang Beriman” Bagi Yang Telah Diuji

  1. Semoga segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita bisa terlewati dengan baik dan semoga iman kitapun semakin kuat karenanya, Amin

    • Aamiin, Allahumma Aamiin.
      Setiap ujian itu adalah untuk meningkatkan iman kita. Mudahan kita redha menghadapinya dan bersyukur atas perhatian Allah untuk kita selalu mendekati-NYA.

      Terima kasih Jefry.
      Salam kenal dari Indah.😀

  2. bukankah para ulama adalah org2 beriman? dan iman nya tinggi? tp gw liat mrk hdup nya enak.. spt tdk ada ujian yg mrk hadapi. yg ujian nya berat malahan gw yg iman nya tipis. gw saat kecil sakit sakitan. gw sering dijahati org. susah jodoh dan rejeki dll.

    • Alhamdulillah, kita hanya melihat secara luaran apa yang berlaku kepada orang lain tetapi kita tidak melihat secara rohaninya.

      Setiap orang duji Allah dengan pelbagai jenisd tingkatan ujian. tidak diberi ujian juga merupakan ujian bagi mereka dan mungkin akan meresahkan jiwa kerana tidak diuji seperti mana para sahabat Rasulullah akan berasa resah apabila 40 hari hidup dalam keadaan tenang tanpa masalah dan cabaran. Mereka selalu berdoa agar diberi ujian atas mereka kerana dengan ujian itu mendekatkan dirinya kepada Allah.

      Insya Allah, Luthfi harus berbaik sangka dengan Allah yang memberi ujian sedemikian kepada Luthfi, di mana kebanyakan orang tidak mampu melakukannya. Bukankah Allah telah berfirman bahawa ” Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya.”

      Coba Luthfi fikir, kenapa Allah dilihat banyak memberi ujian kepada Luthfi berbanding orang lain?

      Mudahan sedikit perkongsian itu dapat membuka ruang hati dan fikiran Luthfi untuk memulai jalan “bersahabat” dengan Allah dan al-Quran. Wallau’alaam.

      Terima kasih berkomentar di Indahkasihku.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s