Rinduku Terbakar Lagi….

Pada malam…. aku berlagu
agar padam rindu di kalbu
namun resah tiada berhenti
api rinduku membara lagi

Pada siang…. aku berpuisi
agar hilang risau dan sepi
namun jiwaku bergetaran
menahan rindu berkunjung lagi

 

Di sebalik tabir malam yang hening
Di celah mentari pagi yang bening
AKU DIBAKAR RINDU
menanti hadirmu di sisi

Penulis : INDAHKASIHKU. 31 MAC 2010 (RABU) – 1330 PETANG


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

14 thoughts on “Rinduku Terbakar Lagi….

    • Salam keindahan dari Indah buat Suri. Alhamdulillah… senang hati Indah dapat membuat Suri tersenyum sendirian. Sekadar mencuba bakat menulis puisi pula.

      Terima kasih menghargainya Suri. There is just no end to my thanks. Have a nice day.

  1. salam ceria buat Indah…

    Syabas …puisi kerinduan yang begitu syahdu sekali dari Indah ..bertuah badan lah buat yang dirindui..

    semuga kerinduan pada sang Pencipta Alam akan memberi pulangan yang lumayan..

    rupa2nya Indah pandai merungkai puisi juga ya..

    salam penuh ceria ..alqaswa

    • Keceriaan juga dari Indah buat alqaswa.

      Rindu itu milik semua insan. Indah hanya menyampaikan kerinduan dari sebuah hati dengan cuba mengaplikasikannya di ruang maya. Mudahan kerinduan kepada Ilahi melebihi dari segalanya.

      Terima kasih saudara alqaswa kerana menghargai citra minda Indah yang sedikit ini. Sekadar mencuba sahaja. Kalau diakui puitisnya, Alhamdulillah. Senang mendapat pujian.

      Salam keindahan dari Indahkasihku buat alqaswa.

    • Subhanallah… ternyata orang yang sedang dilamun cinta, selalu merasai sensitifnya sebuah bicara. Alhamdulillah… kalau puisi Indah membantu menaikan seri warna cintanya. Mudahan saudara Arif R memperolehi kebahagiaan.

      Indahkasihku mendoakan dari jauh.

  2. dan pada akhirnya kulabuhkan rindu ini pada untaian kata-kata, adakah kau berkenan membaca rinduku padamu?

    😉

    salam hangat indah 😀

    • Silakan saudara Usup… Indah ingin mengetahuinya… Tentu menarik sekali dapat berkongsi rasa dan hikmah yang dinukilkan. Hmm… bagaimanakah rindu itu boleh dibaca ? Indah menanti untuk membaca rindu itu. Indah suka mendengarnya. Sedangkan rindu itu adalah perasaan jiwa, hati dan mainan bathin.

      Salam penuh keindahan dari Indahkasihku buat saudara Usup.

    • Kak Zen:
      Selamat di awal malam menuju kegelapannya yang suram dan indah oleh sinar rembulan yang mengambang penuh. 😀
      Thanks for dropping by.
      Thank you for coming Kak Zen.
      Salam indah dari Indahkasihku.

  3. Assalamu’alaikum…
    kaifa haluki ya ukhti indah kesihku….

    ku ukirkan nada istigfar dalam do’a fajar, maafkan Ya Rabbi, bila selama ini, hamba lebih sering merindukan dia, di bandingkan dengan perjumapaan MU…

Leave a comment