Tiga Bukti Cinta Sejati

*

Selamat bertemu kembali, semoga teman Indahkasihku semuanya sihat dan bahagia menjalani kehidupan ini dengan penuh redha dan rasa syukur. Alhamdulillah, Indah ingin berkongsi kebaikan buat ingatan bersama tentang TIGA BUKTI CINTA SEJATI.

Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Bukti CINTA SEJATI itu ada tiga , iaitu:

  1. Memilih kalam kekasih-NYA (Al-Quran) daripada kalam selainnya (buatan manusia).
  2. Memilih bergaul dengan kekasih-NYA daripada bergaul dengan yang lain.
  3. memilih keredhaan kekasih-NYA daripada keredhaan yang lain.

Ini kerana orang yang mencintai sesuatu itu, ia menjadi hambanya. Yahya bin Mu’adz menyatakan: “Setitik benih cinta kepada Allah SWT lebih aku sukai daripada pahala mengerjakan ibadah tujuh puluh tahun.”

Semoga cinta kita akan selalu bersemi, tumbuh subur dan indah berseri kerana Allah SWT. Apabila kita ingin mencintai seseorang atau sesuatu kerana Allah SWT maka niat kita harus betul dan tepat kerana Allah semata-mata. Buka disebabkan adanya sesuatu yang tersembunyi tanpa niat yang diketahui. Orang yang memilih keredhaan Allah pasti akan direddhai Allah jua.

 *

 SALAM DARI INDAHKASIHKU. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s