Hargai Hari Ini

Alhamdulillah, masih indah HARI INI untuk dilalui buat kesekian kalinya dalam kesempatan yang Allah beri kepada kita. Indah sangat menginsafi diri apabila sejak membuka mata sehingga saat sedang mengetik patah-patah kata ini, Indah dalam keadaan sihat, masih bernafas lega, tidak tersekat-sekat. Indah mampu berjalan dengan cergas. Bersemangat. Lebih-lebih lagi, setelah tanggungajawab sebagai hamba Allah sudah ditunaikan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga HARI INI.

KELMARIN yang berlalu, banyak memberi manfaat untuk diambil pengajaran dan sempadan atas apa yang telah kita lakukan. Banyak membuat refleksi kepada KELMARIN yang mempunyai ceritanya. Jangan pernah berputus asa jika KELMARIN memberi duka kepada kita. Teruskan hidup untuk HARI INI. Jika KELMARIN mengundang bahagia dan kejayaan, maka kita hendaklah lebih bersemangat untuk perjuangan HARI INI dan HARI ESOK yang bakal menjelma. Tidak ada manusia yang RELAKS dalam hidupnya. Semua manusia akan diuji Allah bagi membezakan orang yang bersyukur atau orang yang kufur.

Semoga HARI ESOK yang menjelang walaupun belum pasti Indah dapat melaluinya kerana HARI ESOK belum datang dan kita tidak tahu apa yang berlaku. Mudahan HARI ESOK, Indah akan kembali melihat dunia ini. Aamiin. Oleh itu, jangan sia-siakan HARI INI dengan perkara yang menyusahkan kita untuk HARI ESOK DI SANA nanti. Kutiplah bekalan HARI INI dengan sebanyak-banyaknya. Jangan bertangguh untuk berbuat baik pada HARI INI. Jangan bertangguh untuk HARI ESOK, kerana HARI ESOK belum tentu ada untuk kita.

INGATLAH BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA WALAU DI MANA KITA BERADA. MAKA, JANGAN BERASA SEDIH DALAM MENGHARUNG HIDUP HARI INI UNTUK MENANTI HARI ESOK YANG MENYOSONG KEHIDUPAN KITA SETERUSNYA.

***************

Nukilan INDAHKASIHKU: 20 JUN 2012 (RABU) – 10.15 MALAM

14 thoughts on “Hargai Hari Ini

    • Indah setuju dengan apa yang Nadiananda nyatakan di atas.
      Begitulah sepatutnya orang berilmu yang menggunakan akal dan budinya untuk berbagi hikmah sesama insan.

      Salam kenal dari Indahkasihku.πŸ˜€

  1. Jangan sampai hari ini berlalu dengan tanpa isi dengan kegiatan yang baik ya, Mbak.

    Ohya, saya sedang mengadakan giveaway betapa senangnya ngeblog. Ikutan ya, Mbak. Info selengkapnya silakan dilihat di blog saya. Makasih…..

    • Terima kasih atas makluman dan jemputan saudara Akhmad.
      Semoga sukses dengan giveawaynya. Saya lihat dan belajar dulu.

      Isi hari ini dengan perkara yang bermanfaat.πŸ˜€

    • Mensyukuri nikmat Allah dengan mengikut perintah dan meninggalkan larangan-NYA adalah satu dari cara syukur yang bermanfaat besar untuk kita sedar, siapa kita sebenarnya.

      Terima kasih ingatan dan pesan yang berguna ini.
      Indah mengambil ibrahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s