Mencari Damai Di Hati

Setiap kali Indah dilanda masalah dan resah. Indah suka bersendirian. Indah akan mencari tempat yang jauh dari kebisingan. Suasana sunyi mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Tidak terlalu lama, hanya sekadar membuang kegelisahan hati. Kerana Indah bukan seorang yang mengikut hati dan emosi. Bagi Indah itu kerja bodoh yang tidak mengguna akal.

Masih Indah ingat lagi ketika remaja belia, satu tindakan “bodoh” dan boleh merbahaya diri, pernah Indah lakukan. Kerana mengikut rasa marah, Indah tidak pernah memikirkan risiko yang bakal menimpa. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. Cukuplah kerja “bodoh” itu dikesali dan tidak pernah diulangi lagi.

Ringkas ceritanya, Indah marah dengan adik-adik Indah dari pagi hingga ke petang. Bagi menghilang kemarahan, Indah lari membawa diri dengan menunggang motosikal seorang diri ke kawasan rekreasi sungai berhutan tebal sejauh 20 km dari rumah tanpa membawa air dan bekalan. Melarikan diri jauh ke dalam hutan yang tidak terlihat bayang-bayang manusia berkeliaran. Hanya Indah keseorangan bertemankan unggas dan alam.

Tanpa memikirkan risiko keselamatan, Indah mendamaikan hati yang lara sambil memerhati air sungai yang mengalir tenang. Berjalan-jalan meniti gigi air dan memanjat pepohon melintang yang sengaja ditebang untuk menambah daya tarik kawasan rekreasi tersebut.

Tiba waktu Zohor, Indah mengambil wuduk dan solat di tepi sungai. Setelah reda rasa marah dan membuat refleksi diri, Indah pun balik ke rumah semula. Rupa-rupanya adik-adik Indah sangat bimbang atas “kehilangan” Indah selama 6 jam. Astaghfirullah…. sungguh perbuatan itu, mengikut nafsu dan rasa.

ALHAMDULILLAH. Waktu mendewasakan manusia, menjadikan cara Indah mengendalikan emosi “totally” berubah. Kini, Indah lebih senang mencari damai di hati dengan mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Setelah itu membaca al-Quran. Saat paling Indah suka adalah di sepertiga malam. Tenang dan sepi dalam keindahan “berdua-duan” dengan Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

….. dilirik bunga setaman, dipagut rindu menguntum. Sering sentuhan cintamu membuat gementar hatiku.

2 thoughts on “Mencari Damai Di Hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s