Subhanallah…. Selawat Yang Ajaib

SELAMAT BERPUASA SAHABAT SEKALIAN…. APA KHABAR ? SEMOGA SIHAT WAL’AFIAT.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang disantap sebentar tadi bagi menggalas perut untuk kesekian kali dalam menghadapi separuh siang mendatang, sebagai bekal yang mengenyangkan. Selesai mengemas apa yang patut setelah bersahur, Indah mengambil sedikit masa yang berbaki untuk  membaca al-Quran dan seterusnya menelaah ilmu buat tazkirah diri di pagi hening sambil menunggu seruan azan berkumandang menandakan Subuh bakal menjelma.

Niat di hati Indah, hari ini adalah untuk mencari bahan bacaan dari majalah-majalah lama yang tersimpan seribu ilmu berguna untuk dikaji, diteroka dan dihayati.  Menjelajah ruang almari buku, pantas sahaja tangan Indah mencapai majalah al-Qiadah dan membelek satu demi satu muka suratnya sehingga terjumpa kisah yang sungguh mengesankan Indah tentang keajaiban SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.

Oleh itu, Indah ingin sekali berkongsi ilmu yang bermanfaat ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Mudahan kita sama-sama memperolehi kebaikan darinya… Amiin..

Ketika Sufyan Ats-Tsauri sedang tawaaf di Kaabah, tiba-tiba dia terpandang seorang pemuda berkelakuan agak ganjil. Pemuda itu tidak akan mengangkat kakinya atau meletakkan semula telapak kakinya melainkan mulutnya berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Sufyan bertanya, “Mengapakah saudara melebihkan pembacaan kepada Rasulullah daripada bertahlil atau bertahmid ?”  Pemuda itu bertanya, “Siapakah tuan ?” “Saya Sufyan Ats-Tsauri.”

Pemuda itu berkata, “Begini ceritanya…. aku pernah menemani ayahku mengerjakan haji. Tiba-tiba ayahku jatuh sakit. Sepanjang masa ayahku sakit, akulah yang menjaganya. Tidak lama kemudian, ayahku meninggal dunia. Aku sangat terkejut kerana wajahnya telah berubah menjadi hitam. Setelah aku menutup wajahnya dengan sehelai kain, akupun tertidur kerana terlalu letih.

Semasa tidur aku bermimpi telah didatangi seorang lelaki yang sangat segak, pakaiannya sangat bersih dan berbau sungguh harum. Dia mendekati ayahku, lalu membuka penutup kain itu dan mengusap wajah ayahku dengan tangannya. Tiba-tiba wajah ayahku menjadi bersinar kembali.

Ketika lelaki itu ingin berlalu pergi, aku sempat menahan dengan memegang jubahnya. Aku bertanya, “Siapakah tuan ?”

Dia berkata, “Kamu tidak mengenaliku ?” Akulah MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Pemilik al-Quran. Ayahmu ini seorang yang sangat mementing diri sendiri. Namun begitu, aku istmewakannya kerana dia selalu berselawat kepadaku. Ketika dia ditimpa musibah, dia meminta pertolongan kepadaku. Aku selalu menolong orang-orang yang banyak berselawat kepadaku.”

SUBHANALLAH…. Sungguh nikmat melaksanakan salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Malahan Allah dan para malaikat juga berselawat atas baginda SAW. Hal ini Allah jelaskan sendiri dalam surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”

Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memperlihatkan kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW dengan berselawat sebagai pujian-Nya dan memuliakan serta mengutamakan baginda SAW di hadapan para malaikat-Nya.

Oleh itu, marilah sahabat sekalian… kita memperbanyakkan salawat ke atas Rasulullah SAW. Mudahan kita juga bakal menerima keajaiban dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. Sungguh mencintai Kekasih Allah ini adalah KEWAJIBAN KITA sebagai umatnya dan hamba Allah SWT.

 

 

Nukilan INDAHKASIHKU: 20 Ogos 2010 (JUMAAT) -1530 PETANG


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.


21 thoughts on “Subhanallah…. Selawat Yang Ajaib

  1. Sebuah pengajaran lagi buat saya agar senantiasa sering melafazkan selawat kepada Nabi Besar Junjungan kita semua, Muhammad SAW. Sungguh memang karena kesibukan duniawi yang tiada habisnya kadang kita terlupa bahkan mungkin menyepelekan hal2 semacam itu. Padahal banyak fadhilat yang Insya Allah kita dapatkan jika sering2 bershalawat. Mudah2an kedepannya kita semua menjadi orang2 yang benar2 mencintai Nabi Muhammad SAW dan keluarganya dengan tidak jemu2nya melafazkan selawat tersebut. Dan tak lupa juga kepada indah, saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan. Semoga puasa kali ini semakin menjadikan kita manusia yang berlomba-lomba mengejar kebaikan.

    • Ifan Jayadi…. selamat berpuasa juga dari Indah.
      Amiin… Ya Rabb, mudahan puasa kita diberkati Allah SWT.
      Alhamdulillah… mudahan begitulah keinginan semua umat yang mencintai Rasulullah SAW. Mengingati baginda dengan selalu berselawat dan salam ke atasnya. Cuma kita harus berhati-hati dalam pemilihan selawat yang kini semakin banyak tanpa kita ketahui sumber yang shahih.

      Marilah kita berselawat ke atas Nabi SAW.
      Terima kasih Fan atas kunjungan.
      Salam keindahan dari Indahkasihku.😀

    • Hai Kelabang:
      Saya setuju, “selawat is the best.” Maka mari kita selalu berselawat ke atas nabi SAW.

      Indah senang mengetahui tulisan Indah difahami oleh Kelabang, tetapi tidak tahu pula sahabat2 indonesia yang lain. Hanya saudara sahaja yang memaklumi sampai saat ini. Mudahan mereka turut sama memahaminya.

      Selamat berpuasa dan salam indah selalu.

    • Hai Bali Property:
      Salam kenal dan komennya telah dikeluarkan dari istana spam.
      Terima kasih ya atas kunjungan dan mudahan kita dapat berkongsi idea di maya ini.

      Bali itu tempat perlancungan yang indah dan mudahan suatu hari nanti, Indah dapat ke sana.

      Salam keindahan dari Indah.😀

    • Mudahan kita selalu mengamalkan selawat dan salam ke atas Rasulullah, Denuzz. Hanya dengan melafazkan sahaja kita sudah mendapat banyak kebaikan yang dikurniakan Allah SWT. Namun masih ramai yang tidak melakukannya.

      Selamat berpuasa. Terima kasih dan salam indah selalu dari Indah.

  2. bershalawatlah dengan shalawat-shalawat yang dianjurkan sesuai sunnah yang shahih, sekarang ini banyak shalawat yang tidak ada sumbarnya, dan buatan sendiri dengan berlebihan didalamnya. wa allahu a’lam

    • Akhi Usup:
      Alhamdulillah… terima kasih atas pesan dan ingatannya.😀
      Mudahan kita tidak salah menggunakan selawat yang selalu diamalkan agar tidak menyalahi apa yang diajar baik oleh Allah dan Rasul-Nya.

      Jika Akhi Usup dapat berkongsi di ruang indah atas blog Akhi Usup sendiri tentang selawat yang shahih untuk diamalkan, Indah sangat senang sekali. Mudahan mendapat ganjaran dari Allah atas kongsiannya.

      Selamat berpuasa dan salam keindahan selalu dari Indahkasihku.

    • Masdin:
      Betul apa yang didengar oleh Masdin itu.
      Oleh itu, untuk tidak digelar kikir, haruslah selalu berselawat ke atas Nabi SAW.

      Terima kasih dan selamat berpuasa.
      Salam indah dari Indah.😀

    • Hai Kanvasmaya…
      Mudahan kita selalu beramal dengan salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Sebagai umat yang mencintai baginda, tentu sekali kita tidak terkecuali untuk menjadikan selawat sebagai zikir yang baik selalu zikrullah.

      Terima kasih ya kerana berkunjung.
      Maaf kalau lambat membalasnya.
      Salam penuh indah.😀

  3. Assalamu’alaikum…apa kabar Indah..semoga selalu dalam lindungan Allah SWT amin….benar Indah kita harus memperbanyak bacaan sholawat dan semoga kita termasuk golongan yang mendapatkan syafaatnya di yaumil akhir nanti. amin

    • Ummurizka:
      Wa’alaikum salaam Umi. Alhamdulillah.. Indah sihat dan seperti biasa sibuk dengan urusan kerja yang semakin banyak. Harapan, Umi juga sihat ya.

      Amiin… mudahan doa Umi dan kita semua dikabulkan Allah.
      Salam penuh kasih dari Indahkasihku.
      Selamat berpuasa mi.😀

    • Salam hormat dari Indahkasihku buat BundaMahes.
      Apa khabar bunda ? maafi Indah kalau lambat reply, sibuk bunda.
      terima kasih kerana menjenguk Indah di taman indah ya.

      Mudahan kesedihan mendengar lagu yang menyanjung Rasulullah saw mendapat barakah dari Allah swt. Insya Allah, mudahan dengan niat baik, bunda dan kita semua akan menemui Baginda saw.

      Salam kasih penuh indah dari Indahkasihku.😀

  4. Alhamdulillah setiap hari saya selalu menyempatkan untuk bershalawat pada nabi besar kita Nabi Muhammad SAW dan Insya Allah tidak akan pernah putus selama saya masih bernafas
    Postingannya sangat luar biasa mbak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s