Kenapa Takut Menjadi Tua ?

Sahabatku, Bertemu kembali kita di ruang maya. Indah berharap sahabat masih sudi untuk berbicara dengan Indah walau hadirnya Indah di maya ini seperti biskut CHIPMORE – now you see now you don’t -. Kesibukan sering menyita waktu Indahkasihku untuk berpesan dengan kebaikan di ruang berharga yang seumpama rumah kediaman bagi hati dan jiwa ini untuk bersatu dengan sahabat sekalian.

Indah ingin berbicara tentang  takut menjadi tua kerana beberapa hari yang lalu ketika bersembang dengan teman-teman wanita Indah, ramai yang bimbang menjadi tua kecuali Indah… hehehe.. ye ke ni… Dalam perbicaraan tersebut kesimpulan yang dapat Indah fikirkan bahawa  ada dua perkara yang manusia selalu berusaha untuk lari daripadanya iaitu TUA dan MATI.

Kenapa banyak manusia takut menempuh tua ? Bukankah kalau sudah tiba masanya akan tampak juga segala yang menjadi tanda. Kalau takut kelihatan tua, bermakna takut hilang kecantikan atau ketampanan diri. Hilang tenaga dan segala kekuatan juga tarikan. Baik lelaki mahupun perempuan perasaan itu tetap sama sahaja.

Selama manakah kita mampu menahan “kemudaan”  yang semakin dimamah oleh perjalanan masa ? Ada manusia yang tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya sudah menginjak tua.  Indah  pernah diluahkan oleh seorang teman wanita tentang kebimbangannya dengan usia 40 tahun yang bakal ditempuhnya dalam beberapa hari selepas itu. Dia mulai risau tentang kedut-kedut di wajahnya, lalu dia bercadang mahu membeli sejenis minuman susu + koligen (apa itu ya… kerana saya hanya minum susu Anlene sahaja untuk meningkatkan kadar kalsium pada tulang) yang dikatakan dapat melambat tisu-tisu penuaan.

Indah hanya tersenyum dan sesekali ketawa sambil menenangkan dia dengan memberi beberapa tips yang Tok Guru Indah pernah titipkan ketika berada di bangku pengajian dulu. Tips atau petua ini tidak perlu mengeluarkan wang walau satu sen pun agar kelihatan segar dan awet muda dari usia sebenar. Indah menyakini akan petua Tok Guru Indah ini kerana beliau adalah seorang tokoh agama yang masyhur di Kelantan.

Antara petua yang disajikan ke minda kami ketika sedang mendengar kuliah beliau untuk menjadi manusia yang segar, sihat dan awet muda adalah seperti berikut:

1. Amalan melakukan solat fardhu dan solat sunat secara istiqamah. Pelakuan mendirikan solat selain sebagai satu ibadah ia juga merupakan senaman yang baik untuk anggota tubuh badan juga memandu kita untuk mendisiplinkan diri ketika berada di luar solat (dalam kehidupan sebenar).

 

2. Amalan membaca niat dan basmallah pada setiap pekerjaan yang bakal dilakukan agar semua usaha kita diredhai Allah dan kita merasai mudah juga senang melaksanakan sesuatu tugas walau berat dan payah amanah yang dipikulkan.

3. Amalan membaca al-Quran dengan iltizam yang  tinggi setiap hari. Pastikan agar amalan itu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu atau solat sunat. Semakin banyak kita membaca al-Quran semakin tenang dan bercahaya jiwa dan wajah kita oleh pancaran nur yang hebat dari ayat-ayat Allah yang banyak berupa ayat-ayat syifa.

4. Berfikiran positif kepada diri sendiri dan orang lain, jangan marah dan sentiasa senyum merupakan satu kehebatan diri bagi mereka yang berpemikiran gergasi dan punya sindrom orang besar atau berjaya. Orang yang berfikiran positif kurang menghadapi stress. Orang yang jarang marah dapat mengawal diri dari melakukan kesalahan dan orang yang sentiasa senyum akan selalu mudah menerima senyuman dari orang lain. Dia menggembirakan dirinya dan membahagiakan orang lain dengan keceriaan wajah yang indah walau dia tidak rupawan dan kacak menawan.

Sahabat sekalian, mudahan tips atau petua  yang Indah kongsikan dari Tok Guru Indah ini dapat dimanfaatkan bersama jika ingin menjadi  segar, muda dan bertenaga dalam menjalan saki baki kehidupan ini.

Usah takut menjadi tua kerana tua  adalah perjalanan masa yang pasti hadir. Sepatutnya kita berbangga dengan usia kita yang sedia ada kini kerana orang lain belum tentu akan sampai pada usia kita. Yang penting adalah bekalan dan persediaan yang bakal kita persiapkan untuk pertemuan dengan Rabbul Jalil di sana nanti.

Penulis : INDAHKASIHKU. 9 Mei 2010 (AHAD) – 1507 PETANG


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.


69 thoughts on “Kenapa Takut Menjadi Tua ?

  1. salam sahabat..
    wah..sudah tentunya jika mahu mengelak dari tua kita kena selalu makan ulam biar cepat awek muda..hehehe..

    satu ilmu yang bagus sahabatku..

    tua mmg kita tidak boleh lari darinya tapi itulah hakikat yang harus kita terima dgn seadanya🙂

    • Salam sahabat.
      Secara jujurnya Indah kurang meminati ulam-ulaman yang mentah kecuali sesudah dicelur baharulah Indah berkenan untuk makan.

      Hal ini disebabkan kebimbangan kepada keadaan cuaca dan pencemaran alam sekitar yang memungkinkan kesuburan dan kesihatan pada dedaunan ulam ini tercemar dengan bahan toksid yang akhirnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang bakal diterima oleh manusia.

      Terimakah diri kita seadanya. Salam penuh indah dari Indahkasihku.

  2. assalamualaikum.
    IndahKasih yang dihormati. Telah banyak nama yang bermula dan berakhir dengan ‘indah’ yang saya jumpa, ada yang berkenan, ada juga yang menimbulkan rasa sebak dan sedih bila mengejanya.
    Indah yang ini menyejukkan kalbu.

    Saya berkenan dengan petua yang pertama iaitu solat secara istiqamah. Perlu juga diambil perhatian, bukan semata istiqamah, bahkan juga penting untuk menunaikannya di awal waktu agar mendapat barakah yang lebih dan khusyuk yang jitu kerana tidak berlumba dengan waktu yang semakin menipis.

    Petua yang ketiga, memperbanyakkan bacaan al-Quran. Juga perlu dilakukan secara istiqamah. Bahkan kalau tida ksempatan digalakkan juga untuk mendengar alunannya melalui kaset, cd, dvd atau mp3 dan sebagainya. Dengan teknologi yang semakin berkembang, satu pemain mp3 atau sebiji handphone pun boleh menyimpan satu set al-quran yang lengkap dan boleh dimainkan pada bila-bila masa yang sesuai.
    Ini lebih baik daripada kita ‘menyumbat’ telinga dengan lagu-lagu irama kontemporari atau sentimental atau slowrock dan sebagainya, dibimbangi akan menyebabkan hati jadi keras dan kelam, jika sentiasa dikumandangkan dengan lagu-lagu tersebut.

    Dan saya juga yakin Indah mestilah dari kalangan mereka yang tidak suka marah seperti petua yang keempat. Walau dimarah, dibalas dengan senyuman, juga perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran mendengar yang tinggi, agar tidak mudah melatah dan mengigau.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam RasaHatiku

      Alhamdulillah dan terima kasih atas bicara bermanfaat yang anda kongsikan bersama di taman ilmu Indahkasihku ini.

      Serasa satu pesanan yang sangat tajam dan menuris ke hati Indah agar selalu memperbaiki diri untuk terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah.

      Indahkasihku bukanlah insan yang sempurna seperti insan-insan lain. yang pastinga juga selalu lalai dan alpa dengan kecintaan dunia yang selalu menggoda untuk menikmati sedikit acara yang pasti membuat hati jadi beku seketika. Mudahan Indah dak kita semua akan selalu berupaya untuk menjadi insan solehah yang berguna di dunia dan akhirat.

      Salam keindahan dari Indahkasihku.

    • Wa’alaikum salaam Nizwa11.

      Mudahan kita beroleh banyak manfaat dari petua yang diturunkan oleh insan soleh yang dimuliakan Allah swt.

      Salam keceriaan dari Indahkasihku.

    • Hi Fanz…
      Semua orang akan melalui masa tua, maka mengapa perlu takut ya… tua kan bererti kita semakin menuju dewasa dan menuju kepada Tuhan yang kita rindukan selama ini untuk kita temui.

      Thanks Fanz. Salam keindahan dari Indah.

  3. menjadi tua hanyalah penantian…, karena ia adalah waktu yang terus maju,
    hiasilah semasa muda dengan keindahan amal dan budi, agar hari tua menjadi kebahagian…melihat anak2 dan cucu2 tumbuh jadi insan shaleh dan shalehah,,😀

    • Tulisan saudara Yanrmhd mengingatkan saya kepada lagu Lima Perkara Sebelum Lima Perkara oleh kumpulan Raihan. Cukup mengesankan. Maka, jangan disia-siakan usia muda.

      Salam indah dari Indahkasihku.

  4. salam kembali indah buat Indahkasihku yang di rindui…

    selamat menjelma kembali di taman jiwa dengan paparan yang menarik buat di renungi bersama.
    Usia tua adalah hanyalah perjalanan angka2 yang semakin bertambah banyak kiraannya,namun perjalanan menuju ke alam barzakh semakin hari semakin hampir…seolah2 sahabat di kejar oleh seekor harimau di sebuah padang pasir yang luas,begitu jauh larian lantas keletihan menjelma,saat itu ternampak sebuah perigi yang dalam di tepi sebuah oasis,dalam ketakutan yang mendalam terus berpaut pada seutas akar pokok ditepi perigi,dalam kepenatan berlari terhenti sejenak di permukaan perigi,lantas memandang kebawah telaga yang sayup ternampak seekor buaya sedang menanti…terpandang keatas tercunggap keletihan lantas menitik setitis madu dari sarang lebah dipokok,terpejam mata sekejap lantaran nikmat manisnya madu,lalu terlupa sang harimau yang sedang mengintai di permukaan perigi,ternampak pula dua ekor tikus sedang mengigit akar kayu..seekor tikus hitam,seekor lagi tikus putih…..
    Begitulah hakikat perjalanan meniti usia kehidupan ini…setiap hari di ziarahi malaikat maut 7o kali umpama sang harimau tadi…perigi umpama kubur yang sentiasa melambai2,buaya umpama azab kubur yang sedang menunggu,madu yang menitis umpama dunia yang fana ini penuh dengan kemanisan,kelazatan sementara cuma…tikus putih umpama hari siang yang berlalu pergi,tikus hitam umpama malam gelap yang silih berganti..akar yang di gigit umpama usia setiap insan ini….jangan ditakuti bertambah usia wahai IndahKasihku…yang perlu di fikiri adalah persiapan yang perlu buat menuju Illahi….salam tazkirah dari alqaswa.
    wassallam..

    • Salam takzim buat sahabat alqaswa yang dihormati.

      Nukilan alqaswa cukup bernilai estetika yang tinggi dalam memberi interprestasi terhadap makna perjalanan hidup ini. Sangat menggerikan situasinya. Permaknaan yang cukup dalam, sinis dan membuat hati menjadi dihambat ketakutan. Ternyata saudara banyak menelaah ilmu berhubung dengan hal-hal agama.

      Mudahan kita akan selamat di dunia dan akhirat dan diberi kemudahan oleh Allah swt untuk mengurusi segala keperluan sebagai hamba Allah yang taat perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Terima kasih alqaswa atas perkongsian ilmu yang berguna itu.

      Salam keindahan dan ceria selalu dari Indahkasihku.

  5. Salam Indah. LAma tidak jenguk Indah di sini. Ramai takut kepada tua kerana tua selalunya dikaitkan akan menerima kematian. Sebab itu mereka yang berminda singkat akan memahami orang yang ingat mati tidak cemerlang dalam hidupnya. Nak lambatkan proses penuaan jangan lupa bangun qiam setiap malam kerana wuduk dapat melambatkan proses penuaan kulit.

    • Salam Motivasi Kerja.

      Tua dan mati sangat sinonim dengan ketakutan. Kenapa ini berlaku kerana tiada kepercayaan dan keyakinan diri tentang matlamat kehidupan sebenar.

      Cintakan dunia menjadi asas kepada takut mati. Sedangkan mati menjadi jalan menuju Tuhan. Qiyamulail memberi ketenangan pada jiwa dan mendekatkan kita lebih dekat dari celahan jari kita sendiri kepada Allah swt.

      Terima kasih dan salam damai dari Indahkasihku.

  6. tua adalah anugerah…
    karena tua adalah kematangan..
    kalaupun ada yang keriput..
    itu adalah kulit luar.. yg tak menjadi penting untuk disesali..
    tapi tua itu… adalah jiwa yang terus bertumbuh dan berkembang… hingga pada masanya akan benar2 akan pantas untuk dieprsandingkan dengan Sang Pemilik Jiwa

    • Salam kenal saudara Elmoudy.

      Satu pernyataan yang menyenangkan. Setiap yang bernyawa pasti melalui proses evolusi tersendiri menuju kematangannya dan kembali semula kepada asal muasalnya. oleh itu, kebimbangan harus disingkirkan supaya kita berfikiran positif menghadapi hari tua kita.

      Bagi Indah, yang mematangkan kita adalah minda dan cara fikir. Tua bagaimanapun, jika kita positif dalam memaknai hidup, keceriaan akan lebih terserlah.

      Salam dari Indah.

  7. Assalamualaikuuum..,
    Untuk yang nomor 4 itu susah ya. Terkadang berpikiran positif terhadap pasangan itu menjadi ganjalan dalam relatonship dengannya.

    Kita bisa menghargai hubungan dengan pasangan secara baik, baru setelah bermasalah dengan orang lain.

    Seharusnya kan tidak begitu yach….

    Wassalam,
    Azzahra

    • Waalaikum salaam Azzahra.

      Hal ini berlaku kerana pasangan itu baru menyedari betapa ia bakal kehilangan seseorang yang amat berharga dalam hidupnya yang dulunya hanya dianggap remeh, tidak diperhati dengan baik dan beranggapan apabila sudah memiliki, maka cukuplah dengan pemilikan itu tanpa disuburkan dengan kasih sayang yang sepatutnya.

      Semoga bahagia selalu dan terima kasih telah mencurahkan sesuatu yang berharga untuk dinilai secara positif. Indah menyenangi pandangan tersebut sebagai teladan.

      Salam penuh keindahan buat Azzahra dari Indahkasihku selalu.

  8. melakukan aktivitas yang bermanfaat dengan orang lain dan menumbuh kegairahan dalam memupuk ilmu serta berbagi dengan saudara-saudara kita merupakan hal yang bisa kita lakukan ketimbang meyalahi atau berguman mengenai usia kita. namun setiap manusia punya titik lemahnya. untuk itu . hidup dalam sebuah komunitas kebaikan adalah hal yang baik.
    salam sehat selalu

    • Salam sehat dari Indahkasihku.

      Alhamdulillah… mudahan kita akan selalu berpesan kepada kebaikan bagi melahirkan insan yang baik. Pasti ada ganjaran dari Allah swt untuk mereka yang selalu mengingatiNya.

      Terima kasih atas kunjungan saudara. Indah mengalukan dengan baiknya. Semoga anda selalu sihat.

  9. salam..
    tua tidak semestinya kita dimakan usia tapi apa yg penting kita haruslah manfaatkan masa tersebut utk memperbanyakkan amalan kebajikan..melipatgandakan ibadah disisinya..

    maafkan saya indah sebab selalu alpa untuk menjeguk kamu disini..

    indah ada facebook? klu nak cari suri guna surihatiku ya..😉

    • Hi Suri.. semoga sihat di hujung minggu ini.

      Mudahan kita dapat memanfaatkan masa muda sebelum hadir masa tua. Hidup hanya beberapa detik yang tentunya perlukan bekal amal yang ampuh sebelum kembali kepadaNya. Oleh itu, siap bekal untuk perjalanan yang panjang.

      Maaf Suri. Indah tidak punya facebook. Dunia Indah cukup dengan blog sahaja. Terima kasih Suri kerana sering menyapa. Indahkasihku sangat bahagia dan menghargainya.

  10. Salam hangat Indah..:)
    menjadi tua itu pasti menjadi dewasa itu pilihan..
    itulah kata2 yang selalu lia ingat..

    siapapun tidak bisa menghindari umur bertambah..
    dan semoga bertambah umur ini kita semakin bijaksana mengartikan hidup🙂

    • Salam penuh indah buat Delia.

      Tiada manusia yang terkecuali dari meningkatnya usia dan menginjak hari tua. Malah semuanya juga akan menemui ajal menurut ketentuan waktunya. Mudahan umur kita diberkati Allah dalam keberkatan yang panjang di dunia dan akhirat.

  11. tipsnya patut dilakukan.
    tapi setidaknya kita jalani saja hidup ini sesuai dengan fitrah qt. Kenapa harus takut tua, kalau kita tidak siap mati muda…😀

    Salam

    • Hi MU2′. Salam kenal dari Indah.

      Iya… hayatilah kehidupan sedia ada dengan tenang dan nyaman. Tingkatkan amal dan ibadah sebagai bekal. Redha dengan kurnia Allah swt.

      Terima kasih atas kunjungan.

    • Hi Fitrimelinda

      Sebenarnya dalam proses menjadi tua itu kita melalui pelbagai peringkat umur yang mendewasakan kita untuk menjadi tua yang berilmu dan berwibawa.

      Terima kasih Fitri. Salam hangat dari Indahkasihku.

    • Ya… saya setuju kalau banyak yang belum kesampaian untuk dicapai dalam hidup. Maka, rebutlah masa muda sebelum masa tua hadir. Mudhan kesampaian segala hajatnya.

      Terima kasih sudi berkunjung.
      Salam kenal dari Indahkasihku buat saudara Muhammad.

  12. Terima kasih di atas pesanan yg berguna! Seharusnya kita bimbangkan iman yang semakin hari semakin di mamah dunia..semoga iman semakin bertambah, bukan berkurang dgn nikmat usia..

    • Terima kasih kembali atas komentarnya saudara WanWma.

      Betul tu… imanlah yang sepatutnya kita takuti kalau-kalau ia semakin berkurang dari hari ke hari kerana untuk menemui Allah selain melalui jalan kematian kita harus berbekalkan iman.

      Salam keindahan dari Indahkasihku.

  13. Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    judul postingan indah memang menjadi tren saat ini, di mana banyak manusia yang takut menjadi tua, hingga mereka berupaya sekuat tenaga untuk tetap menjadi muda . padahal tua itu sesuatu hal yang pasti, jika memang umur kita disampaikan ke masa tua . yang harus dipentingkan itu ya masa depan setelah mati, bukan masa tua atau masa yang lainnya . tetaplah semangat jalani hidup ini .😀

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb saudara Usup

      Satu pesan yang bermanfaat buat semua agar sedar diri bahawa tua itu pasti mendatangi walau tidak mahu diterima. Siapa yang mampu menahan sunnatullah itu ?

      Terima kasih atas komentar yang dikongsikan. Mudahan kita semua mendapat manfaatnya.

      Salam indah dari Indah.

      • indah, kunantikan puisinya ya . hehhe😆

        Hi Usup
        Insya Allah.. Indah akan usahakan dalam masa terdekat nanti.
        Terima kasih kerana mahu menanti puisi dari Indah.
        Salam dari Indahkasihku.😀

  14. Untuk menjadi tua adalah fitrah yang tak bisa di hindari.yang terpenting adalah mengisi hari menjadi lebih baik.Tips yang baik dan memang benar dan didalam postingan kami juga dibahas tentang sehat pada usia lanjut.silahkan kunjungi kami

  15. saya tidak takut menjadi tua karena memang sudah tua kok.
    Manusia pasti akan menjadi tua. kalau muda terus malah aneh dan nggak punya teman karena temannya sudah tua semua.

    Salam hangat dari Plesiran-media untuk mempromosikan pariwisata daerah anda secara gratis. Pengirim artikel yang dimuat akan mendapat tali asih berupa sebuah buku yang bermanfaat. Silahkan join di Plesiran.

    • Salam hormat dari Indah.

      Terima kasih Indah rangkaikan kata atas kesudian Bapak untuk sudi hadir ke taman ilmu Indahkasihku yang sederhana ini.

      Kata orang budiman… manusia ini lebih manis, harum dan ranumnya ketika masa usia menginjak tua. Keadaan demikian disebabkan kerana banyaknya ilmu, luasnya pengalaman dan lamanya hidup. Maka, tidak perlu takut menjadi tua.

      Oleh itu, martabat atau kedudukannya semakin tinggi jika dengan kedewasaan usianya membantu generasi muda mendatang untuk mendapat pelbagai petua dan kaifiyat ilmu darinya. Kagum kerana Bapak seorang yang sangat optimis tentang usia.

      Terima kasih atas info yang dimaklumkan. Kalau Indah punya masa, akan diusahakan.

      Salam kenal dari Indahkasihku.

  16. Assalamualaikum
    Tua, sesuatu yang tidak dapat dielakkan kecuali jika anda mahu mati muda. Pilihlah untuk menjadi muda di akhirat nanti dengan membanyakkan dan memperbaiki amalan

    • Waalaikum salaam Cody.

      Mudahan kita selalu insaf dengan berlalunya masa muda yang ditinggalkan setiap hilangnya detik waktu mendatang.

      Mahu sentiasa muda di akhirat.

      Indah mengucapkan terima kasih atas kunjungan Cody.😀

  17. assalamualaikum.
    menyapa indah di kejauhan.
    menunggu dengan sabar artikel yang baharu.
    semoga indah sentiasa ceria dan gembira disamping keluarga dan kerjaya.
    terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam sahabat RasaHatiku yang dimuliakan.

      Terima kasih menyapa dari jauh. Insya Allah akan diusahakan penulisan baru dalam beberapa detik waktu nanti. Amiin… Indah doakan juga RasaHatiku bahagia dan ceria bersama keluarga.

      Salam penuh keindahan dari Indahkasihku buat sahabat yang jauh entah di mana.😀

  18. Assalamualaikum Indah.
    Jika punya kesempatan, jemputlah meninggalkan bekas tinta di blog saya.

    Maaf kalau ini merupakan gangguan terhadap Indah.

    Salam hormat.

    • Salam sahabat. Alhamdulillah. Indah sihat cuma masih sibuk dengan pelbagai tugas walau di hujung minggu. Insya Allah akan ke blog Suri nanti. Terima kasih untuk menyapa Indah yang jarang di maya.

      Salam indah dari Indahkasihku.

  19. menjadi tua itu pasti adanya.. krn itu sudah kodrat ilahi.. jadi buat apa takut tua.. yg harus kita takuti adalah hidup dalam kesia-sian dan kembali kepadaNya dalam keadaan rugi (kafir).

    ”Sebaik-baik manusia ialah org yg panjang umurnya dan baik amalnya, dan sejelek-jelek manusia adalah org yg panjang umurnya tetapi buruk amalnya.”

    • Hanya mereka yang menjadikan dunia sebagai tumpuan kecintaan sahaja yang melihat tua adalah penghalang untuk merasa seronok dengan dunianya tanpa memikirkan kehidupan abadi di sana nanti.

      Mudahan kita sentiasa mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah untuk melakukan hal-hal kebaikan. Amiin. Terima kasih saudara Sapta kerana masih berkunjung ke taman Indahkasihku.😀

    • Salam sahabatku Suri,
      Indah kembali setelah melalui waktu yang sewajarnya.
      Terima kasih kerana sudah singgah bertanya khabar.
      Semoga Allah memberkati Suri.
      Salam keindahan dari Indahkasihku.

  20. takut tua>?????????????

    jawaban Heny ‘TIDAK’
    Tua???????????memang seharusnya seperti itu dan metamorfosis itu memang seharusnya terjadi…..

    kalo tak ad TUA,,,MUDA pun tak ad

    Salaaaaaaam😆

    • Salam kenal mbak Heny.
      hehehe…. wah, mbak cukup berani menjadi tua ya. Indah salut dengan komentar mbak di atas. Muda hanya sekali dan tua juga begitu kan ! maka harus dilalui kedua-duanya dengan perasaan syukur yang dalam.

      Indah senang mengenali mbak Heny.
      Salam keindahan dari Indahkasihku.

    • ModelKebayaModern.
      Terima kasih ya, sudah mampir ke taman ilmu Indah.
      Hehehe… semua jenis makanan ada di sini. Silakan santap dengan senang.

      Insya Allah akan bersilaturahmi ke sana. Tunggu ya.
      Salam kenal dari Indahkasihku.

    • Hi Gado-Gado..
      Thousands appologise for belated reply.
      Tersasar pandang, jadi kelewatan.
      Selalunya jika cintakan dunia, maka segala keinginan yang menjauh darinya ditakuti hilang. Tentu sekali kerana belum siap bekalnya.
      Thanks from Indahkasihku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s