Al-Quran Penyelamat Di Akhirat

 

Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah SAW menganjurkan supaya kami semua MEMBACA AL-QURAN. Rasulullah SAW memberitahu KELEBIHAN AL-QURAN dengan bersabda:

“Belajarlah kamu mengenai al-Quran. Di akhirat nanti ia (al-Quran) akan datang kepada ahli-ahlinya, yang pada masa itu setiap orang memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya. Al-Quran akan bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku ?” Maka orang yang pernah membacanya menjawab, “Siapakah kamu ?” Continue reading

15 Siksaan Atas Orang Yang Meninggalkan Solat

Apa khabar teman sekalian ? Semoga Allah meredhai dan menganjari segala amalan baik kita di dunia ini. Aamiin. Selamat Tahun Baru Hijriyyah 1435 dan Tahun Baru 2014.

*

SUDAHKAH ANDA MENDIRIKAN SOLAT HARI INI ?

JIKA SUDAH, Alhamdulillah. Mudahan kita dirahmati Allah SWT kerana telah menunaikan tuntutan yang diperintahkan Allah kepada para hamba-NYA yang muslim.

JIKA BELUM, bersedialah untuk ditalkinkan kerana kita dianggap sudah ‘MATI’ hati dan jiwa. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dikategorikan sebagai ‘PENJENAYAH DALAM ISLAM” dan ada tuntutan hukum HUDUD mengikut syarak. Continue reading

Rindu Itu Selamanya Menjadi Milikku

….. ku nukil tinta dengan bicara penuh cinta dari relung hati yang bergenang sayang . Sewaktu menatap tulisanmu, aku jadi takut jika kumpulan aksara yang menggaris sejuta rasa mampu membunuh kemesraan yang telah berbunga. Sayangnya, kita tidak saling berhadapan untuk mengungkap kata meskipun barang sepatah. Sedangkan kita pernah bersama. Kini, rindu itu selamanya menjadi milikku. Continue reading

Mencari Damai Di Hati

Setiap kali Indah dilanda masalah dan resah. Indah suka bersendirian. Indah akan mencari tempat yang jauh dari kebisingan. Suasana sunyi mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Tidak terlalu lama, hanya sekadar membuang kegelisahan hati. Kerana Indah bukan seorang yang mengikut hati dan emosi. Bagi Indah itu kerja bodoh yang tidak mengguna akal. Continue reading