Kembali Setelah Melalui Waktu


Sahabat-sahabat mayaku sekelian,

Alhamdulillah, Indah kembali mewarnai dunia maya ini  setelah hampir 2 bulan menyepi diri.  Banyak perkara dalam hidup yang harus diselesaikan mengikut schedule yang dijadualkan. Pelbagai peristiwa dalam perjalanan kehidupan seharian memungkinkan masa dengan blog Indahkasihku memerap begitu lama. Ada komitmen yang lebih diberi tumpuan.

Mudahan selepas ini ada waktu untuk Indah menjelma diri di ruang maya bagi berkongsi rasa bersalutkan keindahan bicara, bertenunkan benang kemesraan yang menjitukan ikatan ukhuwwah tanda persahabatan.

Hadirnya Indah kembali mewarna seri taman ilmu Indahkasihku ini, setelah semuanya berlalu pergi dengan pelbagai rencah perisa yang menyalutkan hati. Bahagia ceria , kecewa merana,  duka nestapa, derita sengsara, sukacita, riang gembira dan sebagainya. Indah yakin semua yang pernah dilalui dalam kadar waktunya; punya hikmah yang tersirat seribu satu macam keindahan yang tak terjangkau dek akal pemberian oleh Yang Maha Penyayang sebagai menguji iman dan taqwa.

Dalam melalui detik kehidupan ini, Indah mengakui banyak kelemahan yang dilakukan. Manusia tidak sepi dari sifat lalai dan lupa. Justeru memerlukan bimbingan dan peringatan. Mudahan setiap apa yang pernah dilalui menjadi petunjuk dan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang baru bagi membantu mengatasi kelemahan yang ada untuk menambahbaik diri dan akhlak.

Oleh itu sahabatku sekalian, marilah kita bersama untuk saling berpesan dan mengingat antara satu sama lain agar kita selalu berada pada landasan iman dan taqwa. Mudahan Allah SWT sentiasa memberi rahmat kepada kita untuk saling bantu membantu dalam kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zaariyaat, ayat 55 yang bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

 

 

 

ditulis  pada: 0430 PAGI

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

25 thoughts on “Kembali Setelah Melalui Waktu

    • Terima kasih akhi Abi Sabila.
      Senang mendapat sapaan kembali setelah sekian lama menyepi diri. Mudahan persahabatan dalam perkongsian ilmu akan menambahkan kebijakan kita bersama.

      Salam dari Indahkasihku.

    • Salam Suri.
      Alhamdulillah, Indah sihat selalu. Diharap Suri juga sama.
      Amiin… mudahan dibersihkan hati sentiasa.

      Terima kasih Suri, Indah senang dengan kehadiran Suri.

      Salam keindahan dari Indah.

    • Hai Mbak Heny:
      Sudah ditautkan link mbak sejak tadi. 😀
      Harap berkenan.
      Iyaaa… pasti lho mbak.. SEMANGAT.

      Sama-sama kita SEMANGAT MENULIS dan berbagi.
      Salam indahkasihku.

  1. Alhamdullillah telah kembali lagi giat menulis setelah 2 bulan vakum. Mudah-mudahan semangat untuk kembali berkarya datang dengan kekuatan yang penuh. Dan semoga persahabatan melalui dunia maya ini bisa boleh berkekalan bila-bila masa. Amin

    • Hi Ifan:
      2 bulan masa yang panjang untuk meneliti diri bagi menyemarak semangat untuk menulis da menulis. Setelah melalui waktu yang dikadarkan, Indah kembali menyebati diri di dunia baru ini.

      Insya Allah, mudahan jalinan persahabatan maya dapat dikekalkan. Amiin. Thanks.
      Salam kenal dan salam keindahan dari Indahkasihku.

  2. Al-Qaswa..
    Salam kembali buat sahabat al-Qaswa.
    Sebenarnya Indah juga baru muncul di maya setelah melalui waktu yang sibuk.

    Hehehe…. alhamdulillah. ada juga orang merindu akan Indah yang munculnya bagi biskut chipmore ini.

    Terima kasih sahabat.
    Insya Allah, selepas ini Indah akan selalu di maya jika waktu tidak cemburu.
    Salam keindahan selalu.

Leave a comment