Aku dan Duniaku

Hari ini cukup memenatkan Indah dengan aktiviti harian di pejabat dan luar pejabat. Tambah lagi terik mentari yang biasanya akan menggugat kepala untuk menghasilkan denyutan yang memayahkan. Hal ini membuat Indah mengantuk dan mengganggu tumpuan kepada urusan kerja yang diamanahkan.


Kebiasaan di rumah setelah balik kerja dan siap merapikan diri, menunaikan hak-hak Allah, membaca al-Quran sebagai rutin hamba Allah yang wajib dilaksanakan, Indah akan berehat sambil membaca buku atau menonton tv. Terlalu banyak buku yang dibeli sehingga ruang bilik Indah sudah dipenuhi buku dan perlukan ruang lain untuk menampung buku-buku yang baru dibeli dan akan dibeli pada masa akan datang.

 

Sifat “ulat buku” ini telah Indah semai sejak sekolah rendah lagi. Hingga dewasa ini, ke mana-mana Indah pergi, buku adalah teman setia. Indah tidak pernah duduk menunggu dengan memandang sekeliling sahaja, pasti ada buku yang dibawa untuk mengisi penantian yang panjang. Baik dalam ruang menunggu di mana-mana destinasi, dalam kereta, kapal terbang, keretapi (komuter, ERL, LRT) dan seumpamanya.

Jika tidak membaca, Indah akan menulis apa sahaja yang dilihat dipersekitaran. Bagi Indah, selain membaca buku Indah juga membaca dunia relia yang terpampang di hadapan mata. Subhanallah… dunia ini penuh dengan cerita yang boleh kita tatang ilmunya untuk diambil teladan dan sempadannya. Sesungguhnya, dunia ini diciptakan oleh Allah untuk manusia renung, perhati, taakul, selidiki, amati dan fikirkan. ALAM ADALAH ANTARA BUKTI-BUKTI KEWUJUDAN DAN KEKUASAAN ALLAH. Sesiapa yang menggunakan akalnya untuk berfikir, maka mereka ini dalam kalangan manusia yang digelar sebagai ULUL AL-BAB.


Jarang sekali Indah menonton tv kecuali siaran berita atau rancangan kegemaran seperti  Indahnya Iman (Astro Oasis), Anjakan Paradigma (Astro Oasis), Kalam Suci (Astro Oasis), Ar- Rayyan Bersama Dr Fatima al-Zahra (Astro Oasis), Tanyalah Ustaz (TV9), berita semasa, dokumentari, siri jenayah dan penyiasatan forensik ( CSI New York, CSI Las Vegas dan CSI Miami) atau filem arahan Jackie Chan. Hahahaha… katanya jarang menonton tv, tetapi bila Indah teliti balik siaran yang Indah paparkan di sini, banyak juga ya.

Hehehehe…. untuk rancangan kanak-kanak atau kartun, Indah suka menonton siri Belalang (Astro Prima atau Astro Ceria) dan Ninja Boy Nintama Rantarou (Astro Ceria). Mereka ini penuh dengan kelucuan dan minda cerdik yang cerdas dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Tidak pernah menunjukkan sifat putus asa, selalu ceria dan panjang akalnya.

Bagi Indah, dunia ini hendaklah dinikmati dengan aktiviti hidup yang bermanfaat. Namun begitu, apapun jenis aktiviti yang dilakukan oleh kita, jangan sekali-kali membelakangi urusan kita dengan Allah swt. Masa adalah suatu hal yang sering diperhitungkan. Maka halusilah masa kita dengan kegiatan yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika tidak kita akan sentiasa dalam keadaan yang rugi kerana masa tidak akan kembali lagi. Hal ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah al-Asr, ayat 1-3, dengan mafhumnya :

“Demi masa, sesungguhnya manusia selalu dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”

Mohon maaf  sekelian sahabat, jika penulisan Indah kali ini hanya sekadar mencurahkan isi hati untuk melegakan tekanan yang dihadapi setelah bergelumang dengan tugas di pejabat. Menulis di maya ini, bagi Indah ibarat sebuah DIARI HIDUP yang dikongsi dan dibaca oleh khalayak pembaca sebagai satu pelepasan minda dan jiwa setelah mengadu segala keresahan di pangkuan TUHAN YANG MAHA PERKASA DAN MAHA BELAS IHSAN. Semoga kita semua dirahmati Allah swt. Salam kasih sayang dari INDAHKASIHKU buat sahabat semua.

Penulis : INDAHKASIHKU. 22 Mac 2010 (ISNIN) – 2338 MALAM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

27 thoughts on “Aku dan Duniaku

  1. kalau mas doel sudah mengamankan posisi pertamax saya mengamankan posisi keduaxx na ajah heheh

    berkunjung dan ditunggu kunjungan baliknya
    salam blogger
    makasih😀

    • Tepat dan benar sekali saudara Khatulistiwa. Salam kenal kembali dan terima kasih kerana sudi singgah ke taman Indah. Amiin.. semoga kita jadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

  2. salam sahabat..
    apa khbar sihat ke?
    suri letih sangat harini..sebab banyak kerja dipejabat..

    suri pun suka membaca juga..kat sekolah kawan suri selalu panggil suri ulat buku..hehehe..

    kat rumah pun ada satu bilik khas. bilik perpustakaan peribadi suri..dari buku a,b,c, untuk si kecil sampailah ke novel, majalah, ensoplidia hehe😉

    • Salam kembali sahabat Indah yang mesra. Alhamdulillah. Indah sihat dan hari ini cukup menceriakan dengan tugas yang menyeronokkan kerana mendapat penghargaan dari boss atas apa yang dilakukan.

      Wow… sebuah kesatuan yang nyata dari ciri-ciri yang sama antara Suri dan Indah. Mudahan dengan ilmu yang ditimba melalui pelbagai cara akan menjadikan kita sarjana yang berwibawa. Sebuah kehidupan yang menyeronokkan apabila buku menjadi teman akrab. Tahniah Suri.

      • hai..selamat petang..
        ya..jika ada buku maka kita pasti tidak akan berasa kesunyian..

        I LOVE BOOK..hehe =)

        SURI: Selamat malam. Maaf kerana Indah lambat menyapa kembali. Masa terhambat dengan tugas di pejabat. Buku adalah guru yang tidak pernah marah kepada kita. Punya teman yang mencintai ilmu memberi semangat untuk lebih banyak berkongsi segala ilmu yang diterima dari pelbagai sumber. Salam untuk sahabatku yang baik, Suri.

  3. Assalamualaikum …
    kunjungan perdana…..🙂
    dunia yang indah…disini (KL) aq gak pernah nonton astro padahal ada kat rumah…
    Banyak hal2 indah lain yang boleh dilakukan… seperti yang indah katakan…

    salam kenal…

    • Wa’alaikum salam Delia4ever. Terima kasih atas kunjungan perdananya. Senang dapat sahabat baru.Indah doakan mudahan kehidupan harian Delia diliputi suasana yang indah-indah belaka. Amiin. Salam kenal kembali Delia.

  4. assalamualaikum.
    hallo sahabat, gimanakabarnya..😀
    saya jg termasuk orng yg senang membaca buku, apalagi klo bepergian keluar rumah. baik dimobil maupun ditempat lain saya gunakan buat membaca buku. sekalian untuk menambah ilmu. Allah mencintai orng2 yg berilmu, dan hati dan hidup kita akan buta tanpa adannya ilmu. jadi ilmu itu sangat penting, baik ilmu akhirat maupun ilmu dunia..

    thanks atas postinganya, sudah mau berbagi dan mengingatkan. semoga kita dijauhkan dari sifat orang-orang yg merugi.

    salam ceria dan bahagia buat indah dari saya. semoga masih sehat dan semangat..😀

    • Wa’alaikum salam saudara Muhammad Zakariah. Indah sihat dan baik-baik aja. Mudahan saudara juga begitu. Alhamdulillah… umat Islam seharusnya suka membaca kerana Allah swt amat menitikberatkan ilmu dan pengetahuan dalam kehidupan manusia seperti yang dijelaskan dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5.

      Dengan ilmu kita menjadi seorang sarjana (ilmuan) yang dapat membawa kita kepada kebenaran dan menjauhi kerosakan. Salam ceria dan bahagia juga dari Indah. Mudahan kita semua dirahmati Allah swt. Amiin.

  5. semangat siang !
    😆

    hai indah ? semoga selalu dalam limpahan rahmat Allah Swt.

    wah, aku juga termasuk yang sangat bershabat dengan buku. buku adalah teman duduk yang setia, sahabat sepanjang masa .

    banyak ya bukunya ? bagi-bagi dong indah , hehehe

    setidaknya kamu coba meresensi buku yang sudah kamu baca diblogmu ini, jadi kita-kita ini juga dapat menyesapi apa yang kamu dapat ambil dari tumpukan buku-buku tersebut .:mrgreen:

    ingat, kerja keras itu ibadah. tetap semangat !

    • Semangat malam saudara Usup. Alhamdulillah..Amin.

      Senang mengenali teman yang mencintai buku dan ilmu. Insya Allah… nanti Indah kongsikan buku-buku kegemaran Indah di sini untuk kita diskusi bersama. Syukriya saudara Usup kerana sudah mengingatkan sesuatu yang baik di taman Indahkasihku.

      Mudahan bahagia selalu dan hidup saudara Usup dipenuhi dengan keindahan.

  6. salam kembali buat Indah,

    Sememangnya masa begitu berharga buat setiap insan yang bijak menilainya,penuhi dengan aktiviti2 yang memberi menafaat buat fizikal dan minda,seronok betul dapat memenuhi masa dengan bacaan2 yang berfaedah..buku apa yang Indah baca?
    Pernah membaca buku “Hidup sesudah Mati” karya Bey Ariffin..Cukup senang menghayatinya..alqaswa sudah 3 kali tamat bacaannya..tapi sayang sekali selepas di pinjam sahabat,buku itu sudah berpindah alam(hilang)..
    Syabas..teruskan membaca buat pencerahan minda dan ketenangan jiwa…salam ceria penuh takzim dari alqaswa..wassallam.

    • Salam kembali juga buat alQaswa.
      Alhamdulillah… dengan membaca dan menyintai ilmu kita dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan daya intelek kita untuk menjadi manusia hebat di dunia dan di akhirat.

      Subhanallah… Indah juga memiliki buku “Hidup Sesudah Mati” karya Bey Ariffin. Sungguh sedih jika buku milik kita tidak dikembalikan. Harap redha ajalah. Semoga beroleh ganjarannya nanti. Kagum dengan upaya dan kesungguhan alQaswa mengkhatamkan buku itu sampai 3 kali.

      Indah jarang sekali mengulang baca buku yang sudah dibaca kecuali untuk rujukan sahaja. Tetapi kitab al-Quran menjadi kewajiban untuk diulangbaca sesudah khatam.

      Indah suka membaca buku-buku motivasi, sirah nabi, para sahabat, mutiara kata, sastera dan buku ilmiah semasa dan banyak lagi. Kepelbagaian buku bacaan menjadikan kita menguasai banyak ilmu. Salam ceria penuh indah dari Indahkasihku buat alQaswa.

  7. salam..hai kawan boleh suri tahu ulul albab tu apa ya? bunyinya macam satu perkara ang menarik sahaja. boleh teman jelaskan pada suri.itupun jika teman tidak keberatan..

    • Salam keindahan buat Suri.

      Ulul al-Bab dirujuk kepada golongan ilmuan yang menggunakan akal fikiran mereka untuk merenungi, menyelidik, mentaakul dan memerhati segala apa yang menjadi bukti kekuasaan Allah di muka bumi, juga mengambil iktbar dari penelitian tersebut.

      Harap Suri berpuas hati dengan interpretasi secara epistimologi umum dari Indah ini. Selamat malam Suri. Indah suka Suri hadir ke taman Indah.

  8. Terima kasih Suri kerana masih sudi mengunjungi Indah walau Indah kini jarang di maya atas kesibukan tugas. Insya Allah Indah akan ke sana nanti. Tunggu masa yang sesuai ya. Salam penuh keindahan dari Indah buat Suri, kawan yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s