Mengapa Jadi Begini Akhirnya Hidupmu ?

Apa khabar sahabat sekalian ? Indah hadir lagi menyapa setelah sekian lama bercuti hari raya dan kembali bertugas seperti biasa dengan semangat juga harapan baru untuk terus berjaya dalam kerjaya.

Sebagai anak perempuan sulung (tapi bukan anak sulung), selain menjadi tempat kemanjaan kepada adik-adik, sepupu-sepupu juga anak-anak saudara., Indah juga menjadi tempat meluahkan perasaan dan kepenatan jiwa mereka. Satu kisah yang cukup memedihkan hati Indah tentang cerita seorang sepupu Indah yang dianiaya oleh suaminya sehingga jiwanya rosak dan tidak tenteram. Subhanallah… kasihan dia.

Indah tidak tahu kisah hidupnya yang semakin meruncing sehingga adik bongsu Indah maklumkan dalam satu panggilan telefon beberapa hari sebelum balik beraya.


“miaw.. miaw.. miaw..”, begitulah nada dering telefon yang dikhususkan buat adik kemanjaan Indah yang sangat suka dengan kucing ini.ย  Setelah memberi salam, Indah disapa dengan khabar dan terus ditanya…

Adik: “kak, tahu tak siapa-siapa yang boleh mengubat orang”. (Indah jadi terperanjat dengan soalan itu. )

Indah: “Subhanallah.. ni siapa yang sakit sampai kena cari orang nak mengubatnya.Kenapa tak pergi jumpa doktor.”

Adik: “Penyakit ni bukan boleh jumpa doktor, kak. Hayati (nama samaran) sakit, meracau dan bercakap entah apa-apa.”

Indah: “masya Allah… kenapa dengan Hayati”.

Adik: “Suaminya menganiaya dia untuk mendapatkan wang berjumlah RM45,000 hasil jualan tanahnya di kampung. Suaminya nak kahwin lagi dengan kekasihnya. Dia sudah tidak pedulikan Hayati lagi. Anak-anaknya terbiar tanpa perhatian. Hayati seperti kurang siuman sekarang. Jiwanya terganggu.”

Indah: “Kasihan… beginilah, akak lihat ia bukan penyakit buatan orang (suami) tetapi dia dilanda stress atau tekanan hidup. Nanti akak balik, akak akan usaha untuk memahami situasi yang berlaku. Suruh dia banyak bersabar dan istighfar. Semua itu ujian Allah. Tabahkan hati.”

Ketika balik kampung, Indah bertujuan untuk menziarahinya tapi tak kesampaian kerana adik memaklumkan dia beraya di kampung sebelah ibunya. Jiwanya masih sakit dan tidak tenteram. Suaminya tidak ikut sama. Walau tinggal serumah tetapi hidup sudah terpisah-pisah. Nafkah zahir tidak lagi diberi, apatah lagi nafkah batin.

Kesimpulan yang Indah dapat dari kisah sepupu Indah ini, adalah tekanan jiwa yang akhirnya merosak diri jika tidak kuat menanganinya. Sikap suami yang bermain kayu tiga juga menjadi sebab kerapuhan jiwa yang dialami oleh Hayati. Indah mengenali Hayati sejak kecil. Dia adalah insan yang degil, kuat melawan dan keras dalam berkata-kata. Tidak pernah mengalah dengan sesiapa, apa yang dia mahu pasti dapat dan tidak pernah dihampakan oleh orang tuanya. Anak yang dimanjakan. Kalau bergaduh mulut, pasti dia menang baik dengan orang tuanya sendiri mahupun dengan sesiapa sahaja. Kerana sikap itu,ย  orang lain malas mahu melayan karenahnya yang tidak mahu mengakui kesalahannya.

Indah memerhatikan, sejak kematian orang tuanya dan perkahwinan yangย  semakin rapuh tanpa bimbingan agama yang baik dari suami, mengakibatkan Hayati kini menjadi manusia yang lemah semangat, tidak punya kekuatan melawan dan sudah tuntas jiwanya untuk menjadi selalu menang. Dia sudah sakit jiwa, merana dan hampir rebah.

Indah berfikir… apakah ini balasan Tuhan terhadap dirinya atas apa yang pernah dilakukannyaย  selama ini, sejak dulu lagi. Ahhh… mengapa jadi begini akhirnya hidupmu ? Kasihan.. anak yang dilimpahi kekayaan oleh orang tuanya dulu… kini cuma hanya ada sebuah rumah sewa yang boleh hilang bila-bila masa jika suaminya menceraikannya. Dia pula hanya seorang suri rumahtangga. Masya Allah.


Tiada apa lagi menjadi miliknya. Semuanya habis. Tanah miliknya yang diberi oleh orang tuanya kini sudah berpindah milik kepada orang lain yang dijual dengan harga yang sangat rendah.. RM45,000. … sedangkan kalau dinilai sebenar tanah itu dengan keluasannya boleh menjangkau hampir RM100,000. Ahh… mengapa jadi begini nasibmu, Hayati ?

Marilah kita merenung diri tentang kehidupan lampau dan apa yang bakal berlaku pada masa depan yang kita tidak tahu apakah kejadiannya nanti. Ambillah iktibar dari kisah ini agar kita selalu berwaspada dengan harta benda yang tinggal secubit cuma yang sepatutnya boleh menampung kehidupan kita di masa depan. Wallahu’alaam. Indah terpana dengan kisah hidup Hayati.

Subhanallah… Indah jadi sebak menulis kisah ini. Suatu kisah kehidupan nyata yang Indah fikir hanya berlaku dalam filem dan drama (sinetron) sahaja. Semoga Hayati tabah menerus kehidupannya. Setelah kembali dari kampung, Indah masih belum mendengar lagi berita seterusnya dari Hayati.


Nukilan INDAHKASIHKU: 21 SEPTEMBER 2010 (ISNIN) -1050 malam


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

45 thoughts on “Mengapa Jadi Begini Akhirnya Hidupmu ?

  1. ya Allah ini kisah menyedihkan sekali.. betapa malangnya si Hayati ya Indah.. semoga diberi kekuatan dan ketabahan dan terutama dikembalikan akal dan jiwanya kembali bersih.. kisah ini juga bisa jadi pelajaran bagi kita semua, untuk bersika dan berbuat baik karena apa yg kita tanam akan kita tuai di kemudian hari..
    salam..

  2. Assalamu’alaikum Indah, senang bisa bertemu kembali.
    Turut prihatin dengan kejadian yang meninpa mbak hayati, semoga dia diberi Allah ketabahan, kesabaran dan keikhlasan serta kekuatan dalam menjalani ujian hidupnya…mungkin banyak ibroh yang dapat diambil dari semua peristiwa yang terjadi buat mbak hayati dan juga kita. Hidup memang tidak selalu manis namun apapun keadaannya kita harus selalu ikhlas dan tawakal menyerahkan diri kepada Allah SWT.

    • Waalaikum salaam Ummi tersayang. Indah juga senang Ummi menyapa.๐Ÿ˜€
      Terima kasih atas komentarnya Mi. Indah terharu membacanya. Harapan kita, Hayati akan kembali kuat untuk anak-anaknya.
      Benar Mi, hidup ini tidak selalunya indah dan manis. Semuanya ujian dari Allah dan kita mesti meredhainya.

      Salam keindahan dari Indahkasihku.

  3. Sedih sekali membaca cerita diatas. Apapun itu, kejadian yang sama bisa menimpa kita juga. Oleh karena itu, diperlukan kesiapan mental menerima hal yang paling terburuk di dunia ini. Memang tidak mudah. Saya sendiri saja jika mengalami goncangan dalam hidup meski dalam skala kecil sekalipun, mudah sekali goyah dan langsung meratapi hidup yang seakan-akan tidak berpihak kepada kita. Sementara orang lain di luar sana, tampaknya kehidupannya indah sekali dan begitu sempurna. Dan tak bisa dipungkiri mungkin terbersit perasaan cemburu dihati kita dan bergumam dalam hati, kenapa kehidupanku tidak seberuntung mereka.

    Memang itulah hidup. Penuh ujian disana sini. Jika kita tidak benar2 kuat berpegang pada Kekuatan Allah SWT, maka bisa dipastikan kita akan terperosok lebih dalam kepada kekufuran.

    Salam dari Duniaku Disini๐Ÿ™‚

    • Hai Ifan:
      Begitulah putaran hidup manusia yang terkadang berada di atas dan terkadang berada di bawah. jika tidak bersedia payung sebelum hujan, akhirnya kita akan basah kuyup tanpa ada pakaian ganti yang menyenangkan.

      Terima kasih atas komentar Ifan yang membuat Indah rasa terharu membacanya, juga simpati kepada Hayati. Salam indah selalu dari Indahkasihku.๐Ÿ˜€

    • Salam indah buat sahabat alqaswa.
      Alhamdulillah, terima kasih berkunjung lagi ke taman Indahkasihku untuk menyapa. Amiin.. mudahan apa yang berlaku juga memberi teladan dan sempadan buat menambah baik hidup kita juga.

      Salam keindahan selalu dari Indahkasihku.

  4. Karma buruk?
    mungkin, setiap tindakan/perbuatan buruk yang pernah kita lakukan akan mendapatkan balasan yang buruk dari pihak lain. Maka dari itu, berbuatlah sebaik yang bisa kita perbuat.

    • Iya Tuan Aldy… begitulah pengajaran dari Allah kepada manusia yang selalu lupa bahawa ada pembalasan yang bakal diterimanya segera di dunia terutama kesalahan dengan orang tua.

      Masya Allah… sangat mudah bagi Allah untuk melakukannya. Oleh itu, marilah kita mengambil iktibar agar tidak terpercik kepada kita pula.

      Terima kasih Tuan Aldy. Salam indah dari Indahkasihku.๐Ÿ˜€

    • Hai Kelabang:
      oleh itu, kita haruslah selalu beringat bahawa Allah SWT selalu memberi pengajaran buat apa yang kita lakukan. setuju dengan statemant saudara Kelabang. Thanks a lot. salam indah selalu ya.๐Ÿ˜€

  5. sedih sekali cerita hidupnya puan hayati …
    semoga Allah memberikan petunjuk-Nya dan memberikan hayati semangat untuk menata hidup baru yang lebih baik …
    Dan semoga sang suami bisa lekas sadar bahwa apa yang dilakukannya adalah salah besar …

    ~~~ Salam BURUNG HANTU ~~~

  6. banyak kisah dan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam tulisan di atas,..
    memperbaiki bangunan hati… memperbaiki kehidupan dengan perbanyak amalan-amalan kebajikan… dalam tuntunan al Islam…

    sungguh mengasyikkan hidup… tatkala semua tuntunan itu bisa dilaksanakan dengan sepenuh hati.. istiqamah dan menjadi tradisi dalam sehari hari kita…

    salam hangat dari Indonesia..mbak Indahkasihku๐Ÿ™‚

    • Elmoudy:
      Mudahan kita mendapat hikmah yang bermanfaat. Indah sendiri sebak saat menulis kisah ini. Hidup ini ibarat roda yang selalu berubah mengikut rentak waktu yang berjalan. Tika berada di atas, hidup dijalani dengan sangat indah juga sempurna.

      Tika ia menuruni cerun bawahnya, serasa begitu susah dan menyesakkan. Semoga kita mempunyai simpanan untuk masa susah setelah melalui masa senang.

      Terima kasih kepada saudara Elmouldy atas komentar yang baik ini. banyak manfaatnya. Salam hangat juga dari Indahkasihku.๐Ÿ˜€

    • Hai Arif:
      Memang sedih dan menggugah hati.
      Agar hikmahnya kita ambil buat pedoman.
      Indah juga sedih. Maaf ya sudah lama tidak menyapa dan apdate blog ini kerana Indah baru kembali dari kesibukan yang berurusan dengan tugas.
      Salam keindahan dari Indah.

  7. hallo indah..
    lama tak berkunjung..
    kalau kata orang.orang..
    “bumi berputar untuk semua orang..”
    dan setiap hal yang terjadi di dunia ini pasti ada hikmahnya kan..๐Ÿ™‚

    smoga kita semua bisa mengambil hikmah dari kisah ini

    • Hai Usagi:
      Semoga kita mengambil hikmahnya. Putaran hidup yang mengetarkan kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan.

      Maafi Indah kerana lambat membalas kunjungan.
      Indah sibuk beberapa minggu ini dan baru dapat kembali online di Indahkasihku.

      Salam indah dari Indah.๐Ÿ˜€

  8. semoga saudari Hayati diberikan kekuatan lahir dan batin, senantiasa sabar dan sadar bahwa apapun yang terjadi pada diri kita adalah atas izin dan kehendak Allah, teruslah berikhtiar untuk menjadi lebih baik lagi.

  9. Pingback: First Anniversary de Go Blog « de Go Blog

  10. Apa kabar Indah???
    Dah lama ga berkunjung nih, sekalinya berkunjung eh ada tulisan yang menyedihkan ini๐Ÿ˜ฆ

    Turut berdukacita ya! Semoga Hayati segera diberi jalan keluar yang terbaik, amin!

    • Bunda:
      Alhamdulillah, Indah sihat. Bunda dan mahes bagaimana pula ?
      Rindu juga Indah mahu menyapa bunda setelah sekian lama menyepi.
      Insya Allah, Indah akan ke sana nanti.
      Semoga apa yang berlaku kepada Hayati menjadi pengajaran buat kita semua.
      Salam rindu dari Indah buat bunda.๐Ÿ˜€

  11. assalamualaikum indah..
    juga pertama kali komentar di sini..
    setiap kejadian pasti ada hikmahnya. cuma antara disedari atau tidak. juga untuk memberi pertolongan tentu terbatas pada upaya kita terhadap sesuatu peristiwa itu..

    • Abgreds:
      Waalaikum salaam.
      Salam kenal dan terima kasih sudi singgah untuk pertama kalinya di blog Indah yang sederhana ini.
      Semoga hikmahnya kita ambil buat sempadan hidup kita.
      Salam indah dari Indah.

  12. assalamualaikum indah ..Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.aku rindu akan semua belaian kasih sayang seandainya akan ada cinta yang datang sungguh aku terasa bahagia berikan aku seorang yang mencintaku dengan ketulusan dan meluruskanku dengan kekurangan dan kelebihanku agar dia mengerti aku yang seperti ini aku rindu semua tentang cinta aku rindu semua tentang perhatian berikan aku ya Allah berikan aku cintayang selalu dijalanmu agar aku tak berbuat yang tidak diharapkan

    • Waalaikum salaam wr.wb, akhy,

      Aamiin…Allahumma Aamiin.
      Semoga dimakbuli segala doa yang akhy pinta itu.
      Berdoalah kerana doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin. Allah pasti akan mengabuli doa hamba-Nya yang selalu meminta pada-Nya.

      Semoga diperkenankan Allah. Aamiin.
      Terima kasih dari Indah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s