Subhanallah…. Indahkasihku Mendapat Award

Subhanallah walhamdulillah… tidak pernah Indah impikan dalam tempoh 23 hari Indahkasihku meniti ruang mencari tempat untuk menumpang kasih ilmu dari teman blogger, Indah telah dianugerahi dua award sekaligus  iaitu BEAUTIFUL  BLOGGER AWARD dan TOP BLOGGER AWARD 2010.

Kedua-dua award tersebut dihamparkan dengan indahnya oleh Saudara Faizal dari aMUSLIMHOUSE seorang teman blogger yang baru sekali mengunjungi taman Indahkasihku. Terkasima dan teruja dalam keseganan diri yang dalam saat menitip award tersebut untuk dilabuhkan ke taman Indahkasihku. TERIMA KASIH SAUDARA FAIZAL.  Indah sangat terharu dalam kebahagiaan yang panjang kerana terpilih untuk menerima award-award itu.

Membaca nama tertera pada award “BEAUTIFUL BLOGGER” –  menjadikan Indah malu sendirian kerana insan bernama Indah tidaklah secantik dan seindah nama Indahkasihku.  Hanya meminjam nama yang cantik bagi menyenangkan hati dan jiwa mengimpikan diri secantik Puteri Balqis.

Tambah menyentuh nurani tika award “TOP BLOGGER 2010” ditampilkan… ahhh.. menjadikan diri ini kian kerdil kerana Indah masih merangkak dalam berkarya dan penulisan di dunia maya ini. Belum banyak hasil minda yang dapat membantu dalam membangunkan jiwa kemanusiaan agar lebih bermaya menjadi manusia. Mudahan Ya Allah, hambaMu ini mampu mengorak langkah membantu dalam membangunkan jiwa dan sahsiah insan sejagat. Amiin.

Menurut peraturan/syarat mudah yang dipaparkan di blog saudara Faizal, penerima award harus menyatakan 7 perkara tentang dirinya selain penghargaan terima kasih kepada pemberi award dan meletakkan link blognya. Lalu semuanya selesai. Blog saudara Faizal sudah saya linkkan di TAMAN TEMAN INDAHKASIHKU.

Mengenali Indahkasihku ibarat menatap pelangi dititis hujan kala mentari mulai menyinar cahayanya. Lalu terbentuklah keindahan warna-warna ceria – MEJIKUHIBINIU – di langit tinggi.

Indahkasihku hanya insan biasa yang  (1) suka menghamparkan senyuman di kala bersua, (2) menadah hati untuk disaji dengan bicara ingat, (3) menuang mesra segala ilmu yang dititip keringat, (4) menyanjung tinggi usaha memajukan ummah sejagat, (5) mengembara melihat panorama dunia yang penuh hikayat untuk dibongkar segala kalimat, (6) berusaha menyantun bicara agar tiada hati terluka dan (7) merindui pengakhiran jasadi dan ragawi dari Yang Maha Esa agar beroleh khusnul khatimah sebagai pengakhir hayat. Amiin. Ya Rabb.

Oleh kerana, Indahkasihku belum mempunyai teman-teman blogger yang mantap dan tidak tahu memilih siapa yang harus dianugerahi, maka dengan berbesar hatinya, Indah mengurniakan BEAUTIFUL  BLOGGER AWARD dan TOP BLOGGER AWARD 2010 ini kepada teman-teman yang pernah berkomentar di taman Indahkasihku.

Dipersilakan teman-teman blogger menerima KEDUA-DUA AWARD di atas.

1. AZZAHRA
2. SURI HATIKU
3. MOTIVASI KERJA
4. WANWMA
5. ALQASWA
6. SUNARNOSAHLAN
7. MUHAMMAD ZAKARIAH
8. USUP SUPRIYADI
9. PESONA MUSLIM
10. NIZWA11
11. WAWANSRI
12. ABISABILA
13. DOELSOHONO
14. DARAHBIROE
15. KHATULISTIWA
16. DELIA4EVER
17. ARIF R.


 

Semoga teman-teman sekalian gembira menerimanya. Terima kasih kerana sudi menitip idea dan komentar di taman Indahkasihku selama ini walau Indah jarang berinteraksi atas tugas dan amanah yang menanti di dunia nyata. Semoga kita semua dirahmati Allah swt. SALAM KEINDAHAN DARI INDAHKASIHKU.

Penulis : INDAHKASIHKU. 2 APRIL 2010 (JUMAAT) – 2204 MALAM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

58 thoughts on “Subhanallah…. Indahkasihku Mendapat Award

    • Sama-sama juga kerana sudi mengunjungi taman Indahkasihku dan menerima awardnya. Silakan diperlanjutkan untuk sahabat di sebelah sana pula. Indah sangat gembira kalau dapat menyambung silaturahminya.

  1. Subhallah….. betapa indahnya cerita diatas…
    terima kasih indah atas anugerahnya… Sungguh lia sangat bergembira…
    semoga persahabatan ini tetap terjalin🙂
    2 hari ni lia tak boleh online… tapi sesampai nya lia di KL…. award tu segera lia publish ke dalam blog lia

    wassalam

    • Alhamdulillah… terima kasih kerana Delia sudi menitip award ini. Indah sangat gembira dan senang mendengar khabar dari Delia. Mudahan selamat sampai ke Kuala Lumpur nanti. Indah mendoakan dari jauh.

    • hehehehe…. iya..iya
      alhamdulillah.. alhamdulillah sebagai tanda syukur atas segala kurniaNya. Alhamdulillah.. saudara Kiraitomy memberi perhatian.Salam kenal.

      Salam keindahan dari Indahkasihku.

    • Terima kasih sudi menerimanya. Alhamdulillah…Balaslah dengan doa yang baik untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup bagi Indahkasihku di dunia dan akhirat. Amiin.. Salam penuh keindahan dari Indahkasihku buat kalian di sana.

  2. alhamdulillah, semoga ini menjadi awal semakin rekatnya persahabatan kita, dan semakin memberikan motivasi untuk tetap berkarya. terima kasih atas anugerahnya, dan selamat juga karena Indah mendapatkan anugerah tersebut, meskipun masih belum seumur jagung dalam blog ini, tapi memang indah sudah pantas, menurut hemat saya. tetap berkarya !

    • Amin… mudahan persahabatan diredhai Allah dan kita berkongsi idea juga pemikiran dalam penambahbaikan ilmu pengetahuan. Terima kasih saudara Usup atas semangat yang dimajukan buat Indah terus berkarya. Insya Allah, bakat yang dikurniakan Allah tidak akan disia-siakan.

      Salam penuh keindahan dari Indahkasihku.

  3. semoga dgn adannya award ini bisa mempererat tali silahturahmi antar sesama blogger.. bisa menambah rasa persaudaraan diantara blogger.. salam ceria selalu..😀

  4. Salam bahagia buat Indah,

    Syukran serta syabas atas award yang baru diterima Indah, semuga menjadi suatu “booster” mendorong
    Indah meneruskan karya tanpa lelah,buat pencerahan minda umat ini …amin.

    salam ceria dari alqaswa.

    • Alhamdulillah…. kurnia Allah mesti disyukuri kerana kita tidak tahu nikmat yang tak terjangka hadir kepada kita. Terima kasih alqaswa atas semangat yang diberikan. Insya Allah, Indah akan berusaha lagi. Salam keindahan dan bahagia selalu dari Indahkasihku.

    • Salam indah buat sahabatku Suri. Iya.. kalau tumpuan diterjah pada semata-mata tugas, tentulah memenatkan. harap Suri seronok dengan kerjaya sedia ada. pastikan ceria selalu.

      Hehehe… insya Allah… Indah akan berusaha memikirkannya. Perlukan ketenangan hati dan fikiran yang jernih baru dapat melahirkan puisi dari hati.

      Indahkasihku mendoakan keriangan terindah buat Suri di sana.

  5. Assalamu’alaikum,
    Alhamdulillah, terima kasih ukhti atas awardnya. Ini adalah award pertama yang saya dapatkan dari sahabat worpress ( selama ini saya lebih sering di blogspot ). Sekali lagi terima kasih, namun mohon maaf apabila saya mungkin tidak bisa meneruskan persyaratan award ini ( mudah-mudahan ukhti berluas hati ). Tapi insya Allah, setiap award yang dipersembahkan akan saya koleksi di halaman khusus award. Mohon maklumnya, karena keterbatasan waktu online saya. Semoga ini tidak mengurangi jalinan persahabatan. Salam hangat dari kami sekeluarga untuk ukhti sekeluarga pada khususnya dan seluruh sahabat wordpress pada umumnya. Wassalam.

    • Wa’alaikum salaam saudara Abi Sabila

      Sama-sama diterima kasihnya yang banyak itu. Indah berbesar hati saudara sudi menerimanya. Bagaimana seharusnya award itu berada di samping saudara, terpulanglah… kerana ia sudah menjadi milik saudara. Insya Allah… mudahan jalinan ukhuwwah fillah ini bertaut indah dan erat dalam rahmat Allah swt.

      Salam keindahan dari Indahkasihku buat saudara sekeluarga di sana.

  6. Pingback: Award pertama dari sahabat « Blognya DELIA

  7. Alhamdulillah. . .blog saya juga kecipratan nie mbak. . .dari mas dede huhuhu. . .masya allah, tp q mash bgung gmana menggunakannya. ., tp jujur, hati sudah tak bisa berkata-kata. . .

    • Tahniah Fauza. Semoga gembira dengan setiap ingatan dari teman-teman blogger. Mudahan dapat dimanfaat dengan dilanjutkan kepada sahabat yang lain pula. Dunia blogger ini punya satu jalinan persahabatan yang sangat unik. Salam indah dari Indahkasihku.

  8. selamat yah mba indah,..mudah mudahan suatu hari nanti indah juga dapet award dari narablog yang lain… atau.. indah bisa ngasih award ke narablog yang lain…. amien…
    😳 hihihihi.. *ngareeepp

    • Hai Mbak Indahnyahidupku.
      Hehehe… Indahkasihku senang dapat berkenalan dengan Indahnyahidupku. kitakan selalu indah2 sahaja kan ? Mudahan akan dapat lagi awardnya, mungkin dari Indahnyahidupku pula. 😀

      Terima kasih ya mbak kerana sudi datang ke blog Indah dan mohon maaf kerana Indah lambat membalas disebabkan banyak urusan harus diselesaikan menjelang raya ini.

      Selamat hari raya Indahnyahidupku dari Indahkasihku.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s