Al-Quran Penyelamat Di Akhirat

 

Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah SAW menganjurkan supaya kami semua MEMBACA AL-QURAN. Rasulullah SAW memberitahu KELEBIHAN AL-QURAN dengan bersabda:

“Belajarlah kamu mengenai al-Quran. Di akhirat nanti ia (al-Quran) akan datang kepada ahli-ahlinya, yang pada masa itu setiap orang memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya. Al-Quran akan bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku ?” Maka orang yang pernah membacanya menjawab, “Siapakah kamu ?”

Maka berkata al-Quran, “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung. Kamu jua telah bangun malam untuk membacaku dan pernah  membacaku pada waktu siang hari.” Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Quran itu, “Adakah kamu al-Quran ?” Lalu al-Quran mengakui.

Orang yang pernah membaca al-Quran mengadap Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya. Kemudian mahkota diletakkan di kepalanya.

Pada kedua ibu bapanya pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga keduanya bertanya, “Dari manakah kami memperolehi semua ini sedangkan amal kami tidaklah terlalu banyak ?” Lalu dijawab, “Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari al-Quran.”

*

Allahu Akbar, betapa beruntungnya mereka yang selalu membaca al-Quran. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sahabat dalam hidup agar diberi petunjuk jalan yang terang. Menjadi panduan di jalan yang lurus.

Marilah kita banyak membaca al-Quran dan berusaha memperolehi kelebihannya di akhirat. marilah menjadi ahli al-Quran. Marilah mengimarahkan Ramadan yang bakal menjelma dengan membaca al-Quran.

*

 SALAM DARI INDAHKASIHKU.🙂

*

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s