Kasihan Anjing Itu….

Ketika bersiar di hujung minggu, Indah melalui sebuah jalan yang sunyi. Kiri kananku hanya ada pohon renek yang menghijau. Kelihatan dari jauh, pohon durian yang melambai dedaun segarnya. Sengaja Indah memandu memasuki jalan yang kurang dilalui orang ramai kerana ingin merasai ketenangan dan mencari kedamaian dalam suasana hening dan bening ( hehehe… pada hal dalam kereta aja) sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku.

Iya… terkadang kesibukan kerja menjadikan kita selalu ingin bersendirian. Tiba saat yang terluang, Indah pasti tidak akan melepaskannya.

Tika pemanduanku semakin perlahan di satu selekoh tajam, tiba-tiba Indah melihat dari jauh satu kelibat makhluk bernama ANJING, berbulu kuning cair keluar dengan payahnya dari semak samun menuju perlahan ke tengah jalanraya. Indah pelik melihat keadaan anjing tersebut, dia cuba menyondol-nyondol ke bawah seperti mahu memakan sesuatu tetapi tidak berhasil.  MENGAPA ?

Semakin keretaku mendekati anjing tersebut, kelihatan olehku  4 botol kosong  yang berisian 1.5 liter bergantungan dilehernya. Subhanallah…. terseksa sekali keadaannya. Dengan 4 botol yang bergantungan itu, pasti sukar untuknya bergerak pantas. Sukar untuk makan dan minum. Apa lagi aktiviti yang sesuai dilakukannya dalam keadaan tersebut. Fizikal anjing itu kelihatan kurus sekali.


Hatiku mulai tersentuh. Indah ingin sekali membantu. Ahh… Maafkan aku… aku tak mampu membantu. Tiba-tiba anjing itu menghilang diri ke dalam semak sebaik sahaja keretaku semakin hampir kepadanya.

Indah serasa kesal dengan kekejaman yang dilakukan oleh manusia terhadap anjing tersebut. Kalaulah.. anjing itu bersalah ( iya… mungkin mencuri makanan, menggigit orang atau seumpamanya), janganlah sampai menyusahkan dia dengan menggantungkan botol-botol besar dilehernya sehingga susah untuknya bergerak.  Anjing juga makhluk Allah swt yang punya hak untuk meneruskan kehidupannya di dunia ini.

Dimanakah perginya nilai belas ihsan sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah swt ? Bukankah itu kejam namanya ? Kekejaman adalah perlengkapan utama syaitan.  Orang yang zalim adalah orang yang tidak meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau dengan binatang kita kejam, bagaimana pula dengan manusia ? Wana’uzubillahi min zalik. Semoga Allah melindungi kita dari segala sifat mazmumah dan mengurniakan kita dengan wadah mahmudah.


Penulis : INDAHKASIHKU. 6 APRIL 2010 (SELASA) – 2307 MALAM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

64 thoughts on “Kasihan Anjing Itu….

  1. Semoga yang berbuat begitu mendapat balasannya Indah🙂

    Jadi ingat kisah dizaman nabi.. Anjing pun harus ditolong ….

    Ohya awardnya sudah terpasang rapi dblog lia..
    Trima kasih Indah🙂

    • Iya… mudahan mendapat balasan setimpal dengan perlakuannya. Alhamdulillah…. sudah memanjangkan award ini Delia. Indah senang mengetahuinya. Thanks a million. Keep in touch.

    • Sebagai makhluk fauna yang dicipta Allah.. mereka juga punya hak untuk hidup di bumi ini. Iya.. satu pengalaman yang menyayat hati. Mudahan saudara Indra1082. diredhai Allah. Salam indah dari Indahkasihku.

    • Iya saudara Abisabila….Hanya manusia yang berakal dan punya kasih sayang mengerti tentang belas ihsan ini. Mudahan kita terpelihara dari hal yang menzalimi diri dan makhluk lain.

    • Semoga kita mengerti akan tanggungjawab tersebut. Banyak perkara dalam hidup sudah tidak diberi perhatian oleh segelintir manusia.

      Salam kenal kembali buat saudara Afif dari Indahkasihku.

  2. Karena Islam diturunkan sebagai Rahmatan lil ‘alamin, Rahmat sekalian alam. bukan hanya untuk manusia saja. Maka hendaknya bersifat baik dan menghindari kedzaliman kepada setiap makhluk Allah SWT

    • Islam adalah agama yang menyebarkan kasih sayang baik sesama manusia atau makhluk seluruhnya. Terima kasih saudara laskar. Rahmat Allah menyelubungi sarwa jagat. Indah menghargai bicara di atas.

    • Indah setuju dengan kenyataan Arif…kerana masih ramai yang membuang anaknya setelah dilahirkan di merata-rata tempat. Tidak kurang juga yang membuang orang tuanya sendiri. Wal’iyazubillah.

  3. Orang awam mungkin berfikir, karena anjing makluk yang najis maka boleh disiksa dan tidak perlu dikasihani. Padahal tidak seperti itu, anjing juga makhluk Allah…najis hukum menyentuhnya tapi tetap haram untuk menganiyayanya.

    • Oleh itu, kita harus membeza hal-hal yang menjadi kewajiban ketika dalam keadaan daruriyyah. Mudahan kita sentiasa dikurniakan kewarasan akal sebelum bertindak. pesan yang mengesankan dari saudara Nanang. Indah menghargainya.

  4. salam ceria buat Indah,

    Sedih sungguh mengenangkan tiada sifat belas ihsan terhadap makhluk Allah s.w.t..
    Teringat kisah seekor anjing yang sama2 menjaga gua dengan pemuda ashalbulkahfi untuk menyelamatkan iman dari pemerintah yang zalim
    telah dikurniakan syurga…namanya kitmir..walau seekor anjing namun dapat mengecap nikmat syurgawi seperti manusia jua..lantaran kasihsayang..
    alqaswa.

    • Subhanallah…. pengkisahan pemuda dan anjing itu cukup menarik untuk diambil iktibar. setiap makhluk yang dicipta Allah swt punya peranan masing-masing dalam kehidupan mereka.

      Terima kasih saudara alqaswa atas refleksi sejarah silam untuk kita fikirkan. Salam ceria penuh indah dai Indahkasihku.

  5. Anjing juga makhluk yang bernyawa, sudah seharusnya dan sepantasnya kita memperlakukan mereka dengan wajar dan bahkan kita harus memberikan kasih sayangnya kepada mereka.

  6. dlm Al-quran dibedakan anjing yg terdidik/terlatih dgn anjing yg biasa. Anjing yg terdidik/terlatih ketika berburu dilepas dengan membaca” Bismillah ” Insya Allah halal daging buruannya.

    intinya walaupun itu binatang najis bukan berati tdk bermanfaat semua dan boleh disiksa.Wallahu’alam Bish-shawab.

    • Maka kita harus melakukan sesuatu dengan ilmu dan akal untuk lebih mengerti setiap kejadian ciptaan Allah itu bukan main-main tetapi ada hikmah disebaliknya buat keuntungan kehidupan manusia sendiri. Bicara Wawansri sangat dalam untuk difikirkan.

  7. salam kasih..indah
    maaf sb selau terlewat masuk ke kamar ini.suri banyak kerja di pejabat.maka baru malam ni berpeluang utk menjegah ke sini,,

    sungguh sedih kisah itu..ya makhluk Tuhan harus di jagai..di pelihara.tapi bukan utk disakiti semata-mata..

    • Salam kasih kembali dari Indah buat Suri. Mudahan urusan kerja Suri selalu dilapangkan oleh Allah swt.

      Jika manusia sudah tidak punya belas ihsan, pasti dunia ini akan rosak binasa. Hatinya sudah menjadi batu untuk tidak meletakkan kasih dan sayang setaraf dengan kelayakan akalnya. Mudahan kita terpelihara dari hal seperti itu.

      Senyum pagi dari Indah buat Suri, sahabat yang manis.

  8. kasihan sekali ya.. semoga tidak ada yg berbuat seperti itu lagi.. semua ciptaan Allah harus dijaga dan jangan disakiti.. orng2 yg mempunyai hati nurani harus mengutamakan hati, semoga kejadian seperti itu tidak ada lagi..

    • Sayang kembali sahabatku Suri

      Bagaimana anak Suri, sihat sudah ke ? Maaf lama tidak bersilaturahmi. Banyak tugas harus diselesaikan.

      Hehehe… kucing pula ya.. nanti Indah fikirkan. Selamat malam yang hangat dari Indahkasihku.

  9. Dalam Islam, anjing adalah binatang yang diharamkan, tapi banyak kisah (bahkan dalam Alqur’an, CMIIW) mengisahkan semacam tauladan untuk tetap mengasihi yang hewan satu ini. Inilah keagungan Islam, walo tegas dalam hal mengharamkan, tapi tetap memberi tempat kepadanya sebagai sesama makhluk ciptaan-NYA. Postingan yang sarat akan makna🙂

    • Sakurata…
      Iya… tepat kenyataan anda itu. Tetapi masih banyak manusia yang tidak menyedari hal ini kerana dangkalnya ilmu di dada.

      Apapun mereka, halal atau haram masih tetap makhluk Allah yang punya hak untuk hidup dengan selayaknya. Terima kasih ya mahu hadir ke taman Indahkasihku.

  10. salam kasih kawan ku..
    harapan agar anda sihat hendaknya..
    manalah si nukilan itu lagi…

    adakah sahabatku sedang mencari waktu untuk mendapatkan ketenagan hati..idea..

    dari sahabatmu ..suri😉

    • Alhamdulillah.. Indah sihat kawanku..maaf kerana menunggu kehadiran si nukilan ini…😀

      hehehe… mungkin begitulah hendaknya… mencari masa untuk merehatkan minda. Terima kasih Suri kerana selalu memberi semangat. Indah sangat menghargainya.

  11. anjing pun makhluk Allah,
    mencintai makhlukNya adalah bagian mencitaiNya meskipun itu terhadap anjing,,,

    smoga kita tetap memiliki hati yang lembut agar senantiasa berkasih sayang karenaNya,,

    salam,🙂

    • Amiin… Ya Rabb.
      Iya saudara Yanrmhd. Semoga kita dikurniakan Allah hati yang tulus untuk menghulurkan simpati dan kasih sayang sesama insan dan makhluk di muka bumi ini. Terima kasih dari Indahkasihku.

  12. Anjing memang hewan yang najis bagi umat Islam, tapi bukan berarti boleh diperlakukan dengan tidak baik.

    Saya merasa sangat kasihan dengan hewan yang diceritakan Kakak Indah itu.

    Hewan juga makhluq yang berhak hidup.

    • Hai Azzahra… Terima kasih hadir lagi.

      Begitulah manusia… kalau akalnya sudah tidak punya pertimbangan akan menampilkan hal yang di luar kewarasan kemanusiaannya.
      Mudahan kita terhindar dari sifat sedemikian.

      Indah sungguh petang ini.. ya Azzahra. Salam penuh keindahan dari Indahkasihku.

    • Salam keindahan buat Suri. Alhamdulillah.. kini sudah sihat setelah beberapa hari mengalami demam dan selsema. Cuaca tidak menentu kini cukup memberi kesan kepada kesihatan kita kan.

      Terima kasih kerana Suri untuk khabarnya. Indah terharu sekali. Didoakan Suri sihat dalam rahmat Allah swt.

  13. Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    Subhanaallooh, semoga indah diberi kemulian oleh Allah, dikarenakan telah memiliki sifat welas asih terhadap sesama makhluk Allah, meskipun itu terhadap seekor Anjing sekalipun. Betapa, pastinya sangat kepayahan si Anjing saat itu, dan rasanya memang ada tangan-tangan iseng yang menggantungkan botol-botol padanya. Semoga orang jahil itu diberikan hidayah untuk tidak melakukannya lagi . Dan, semoga si Anjing dengannya menjadikan ia mulia di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Sukron Indah atas tulisannya, mengingatkan kita semua untuk tetap berkasih sayang terhadap segala makhluk Allah .

    salam berkah penuh keindahan buatmu😀

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb

      Amiin… Ya Rabb atas doa yang dipanjatkan oleh saudara Usup buat Indah. Mudahan saudara Usup juga dirahmati Allah selalu.

      Semua makhluk berhak merasai kehidupan yang aman dan damai dalam dunianya yang tersendiri. Sebagai makhluk berakal, manusia seharusnya mengerti akan hak-hak yang dikurniakan Allah. Mudahan kita dalam kalangan yang mensyukuri nikmat Allah.

      Terima kasih. Salam keindahan di senja ceria ini dari Indahkasihku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s