15 Siksaan Atas Orang Yang Meninggalkan Solat

Apa khabar teman sekalian ? Semoga Allah meredhai dan menganjari segala amalan baik kita di dunia ini. Aamiin. Selamat Tahun Baru Hijriyyah 1435 dan Tahun Baru 2014.

*

SUDAHKAH ANDA MENDIRIKAN SOLAT HARI INI ?

JIKA SUDAH, Alhamdulillah. Mudahan kita dirahmati Allah SWT kerana telah menunaikan tuntutan yang diperintahkan Allah kepada para hamba-NYA yang muslim.

JIKA BELUM, bersedialah untuk ditalkinkan kerana kita dianggap sudah ‘MATI’ hati dan jiwa. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dikategorikan sebagai ‘PENJENAYAH DALAM ISLAM” dan ada tuntutan hukum HUDUD mengikut syarak.

Oleh itu, sebelum kita menerima hukuman dari Allah SWT di akhirat kelak. Allah SWT telah memberi amaran dan peringatan awal sedangkan kita masih lagi hidup di dunia ini. Peringatan itu disampaikan melalui lidah Rasul-NYA akan siksaan yang bakal diterima oleh mereka yang meninggalkan solat.

*

15 SIKSAAN YANG MENGGERIKAN

15 siksaan yang menggerikan itu dapat dibahagikan kepada 4 keadaan seperti berikut:

ENAM SIKSAAN KETIKA DI DUNIA

1. Dihilangkan keberkatan dari umurnya
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari tubuhnya
3. Segala amal kebaikannya tidak diterima
4. Doanya tidak termakbul
5. Tidak mendapat bahagian dari doa orang-orang soleh
6. Disempitkan rezekinya

*

TIGA SIKSAAN SEMASA HENDAK MATI

1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan lapar
3. Mati dalam keadaan terlalu dahaga sehingga jika diberi air seluruh lautan sekalipun tidak
    menghilangkan dahaganya.

*

TIGA SIKSAAN TATKALA DI DALAM KUBUR

1. Dihimpit oleh kubur hingga berceranggah tulang-tulang rusuknya
2. Dipanggang di atas nyalaan bara api siang dan malam
3. Setiap detik ular “Suja’aul Aqra” akan mematuknya

*

TIGA SIKSAAN SEWAKTU BERTEMU ALLAH SWT

1. Dibelenggu dengan rantai sepanjang 70 hasta.
(Apabila kiamat, datanglah malaikat membawa rantai dan membelenggu tengkuk mereka yang meninggalkan solat. Kemudian disula menerusi mulut dan keluar dari duburnya. Menurut Ibnu Abbas r.a, jika salah satu dari gelung  rantai itu jatuh ke bumi, nescaya hangus seluruh bumi kerana panasnya.)
2. Allah tidak akan memandang wajahnya.
3. Mendapat siksaan yang teramat pedih saban detik dan ketika.
 

*

SOLAT TIANG AGAMA

Jangan memandang ringan terhadap perintah Allah SWT. Solat merupakan Rukun kedua sesudah kita mengucap Dua Kalimah Syahadah yang menjadi pengakuan dan ikrar diri sebagai MUSLIM.

Solat adalah rukun perbuatan yang wajib dikerjakan bagi meninggikan syiar Islam di muka bumi. Ia ada tiang agama. Jika meninggalkan solat seolah-olah anda meruntuhkan agama. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam sabda:

“Solat itu TIANG AGAMA. Barang siapa mendirikan solat, maka dia mendirikan agama. Barang siapa tidak mendirikan solat, maka ia meruntuhkan agama.”

*

*

2 thoughts on “15 Siksaan Atas Orang Yang Meninggalkan Solat

Leave a comment