Wajah Baru

Apa khabar teman-teman ? lama Indah tidak menyapa dan membalas khabar. Insya Allah, setelah rasa tenang dan sibuknya kurang. Indahkasihku akan datang membalas kunjungan. Terima kasih kerana sudi hadir ke Indahkasihku’s Weblog yang menyepi sekian lama.

Setelah setengah tahun menenggelam diri di dunia nyata. Indahkasihku kembali bersua dengan olesan wajah baru yang menceriakan. Tahun 2013, biasa sahaja. Tiada yang baru. Hanya hari-hari yang baru selalu Indah temui setiap waktu. Jangan takut berubah menjadi baru dalam kehidupan ini. Pasti ceria akan menunggu apabila semangat baru selalu hadir mewarnai hidup ini.

Dunia ini penuh warna warni. Seindah pelangi. Pelangi itu Indah. Se-Indahkasihku. Jangan disurami dunia ini dengan kesedihan, kedukaan dan kehampaan. Carilah keindahan yang mampu melakar wangian diri untuk lebih cemerlang, bahagia dan ceria. Hidup akan penuh bermakna. Sirami jiwa ini dengan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itulah cinta sejati yang bahagianya hingga ke mati.

SELAMAT KEMBALI… INDAHKASIHKU

….. perjuangan ini belum selesai.

andai kau tahu, di sebalik bulan biru, ada bintang sedang tersenyum padamu. akulah bintang itu, menyapamu dengan rindu setiap waktu.

 

6 thoughts on “Wajah Baru

    • Hai… Insya Allah, blog ini akan diusahakan untuk tetap kekal hidup. Ia sangat bermakna buat Indah. Cuma kesibukan selalu tidak menyempat di sini.

      Terima kasih Azzahra, sudi berkunjung setelah sekian lama. Indah senang dan berharap akan tetap betah kemari lagi menyusun kata buat manfaat bersama.

      Salam Indahkasihku. 😀

Leave a reply to azzahra Cancel reply