Indahnya Berkorban

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA Indah ucapkan kepada semua sahabat Indahkasihku sekalian. MAAF ZAHIR DAN BATIN jika Indah ada melakukan kesilapan dalam bicara kata dan tulis cerita yang dirakamkan di blog Indahkasihku dan blog sahabat di sana.

Alhamdulillah, Indah bahagia dapat kembali menulis dan mencoret sesuka hati di blog Indah ini. Satu kepuasan bila kembali ke maya dan menemui sahabat semua. TERIMA KASIH kepada sahabat yang masih sudi bertandang dan menyapa Indah walau Indah jarang di maya.


17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, berlangsungnya HARI RAYA AIDIL ADHA di Malaysia juga di hampir seluruh negara di dunia walau ada yang menyambutnya pada 16 November kerana detik masa yang lebih awal mengikut kiraan hisabnya. Apapun yang membedakan waktu, bukan menjadi penghalang kepada sampainya urusan ibadah kita kepada Allah SWT.  Allah Maha Mengetahui setiap urusan hamba-Nya.

Alhamdulillah… tahun ini diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban di tempat Indah.  Dalam pemerhatian Indah di sepanjang majlis korban berlangsung, jelas terpancar kegembiraan di wajah dan kepuasan hati kepada mereka yang melaksanakan korban lalu membahagikan hasil korban kepada golongan fakir miskin dan menghidangi daging yang telah dimasak untuk makan bersama-sama dalam suasana gotong royang yang sangat meriah.


Itulah indahnya saat pengorbanan yang kita telah lakukan. Indah pada kita dan indah juga kepada mereka yang menerimanya. PENGORBANAN adalah satu dari agenda kehidupan manusia. Tidak ada sesiapapun yang terlepas daripadanya. Sejarah tercipta di dunia nyata dengan iktibar pertama yang ditunjukkan Allah SWT melalui peristiwa besar dan hebat yang memakan jiwa untuk tulus luhur dan berani yakin akan apa yang diperintahkan tanpa ada perasaan BERBELAH BAGI UNTUK MELAKUKAN PERINTAH ALLAH.

Begitulah hebatnya pengorbanan yang dilakukan oleh tiga jiwa agung dalam sejaran manusia ini iaitu Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan bunda Siti Hajar AS.  Komitmen yang ditunjukkan sangat tinggi dan melampau batas penerimaan manusia, jika tidak difikirkan secara wajarnya kenapa sanggup berbuat demikian. Semoga kita mengambil iktibar dari sejarah tersebut untuk mendidik jiwa kita agar selalu bersedia untuk berkorban kerana perintah Allah SWT.


BERBICARA TENTANG PENGORBANAN YANG LAIN PULA…. Indah ingin mengajak sahabat yang dimuliakan untuk berfikir sejenak. Berapa banyakkan kita sudah berkorban untuk Allah dan Rasul sepanjang nafas kita mulai beralun di muka bumi Allah ini ? Pengorbanan yang Indah bicarakan adalah pengorbanan diri sebagai hamba Allah, penganut sejati ajaran Islam dan pengikut setia Rasul tercinta, Muhammad Abdullah.

Sehingga kiini, berapa banyak masa yang telah kita korbankan untuk beribadah kepada Allah dengan membaca al-Quran dan solat yang difardhu juga disunatkan ? Berapa banyak  kesetiaan telah kita tunjukkan dalam mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah ? Berapa jumlah wang telah kita laburkan untuk jalan sedekah bagi membantu insan yang kurang berdaya mampu ? Sudahkah kita menunaikan segala hak zakat yang diwajibkan ke atas segala harta benda kita ? Berapa banyak pula ilmu pengetahuan yang telah kita kongsikan kepada manusia menuju jalan kebaikan ? Marilah kita menambah keimanan kita kepada Allah dan meningkatkan takwa setiap masa sebagai bekal menghadap Ilahi nanti


Pernahkah kita berfikir, bahawa dengan memikirkan masalah ummah juga merupakan satu pengorbanan besar kepada kehidupan kita ? Pernahkah kita merasai betapa sayunya jiwa insan yang miskin harta dan miskin rohaninya jika tidak dibantu oleh kita yang telah dikurniakan Allah dengan sedikit kelebihan yang tidak ada pada mereka. PERNAHKAH KITA BERFIKIR DAN BERKORBAN UNTUK MEMIKIRKANNYA ?

Subhanallah, sahabatku…. marilah kita mulai merasa detik keindahan dari setiap pengorbanan yang kita cuba lakukan dan berusaha untuk melaksanakannya WALAU HANYA DENGAN SEKUNTUM SENYUMAN  dan SEBERKAS DOA RINGKAS buat mereda penderitaan bagi meringankan beban jiwa yang melanda mereka yang dalam kesusahan HANYA KERANA ALLAH TAALA. Indah pasti kita semua akan merasai …. INDAHNYA BERKORBAN.

Salam keindahan yang indah ranum dari INDAHKASIHKU buat sahabat semua.


Nukilan INDAHKASIHKU: 18 NOVEMBER 2010 (RABU) – 1001 PAGI


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

35 thoughts on “Indahnya Berkorban

  1. Assalamu’alaikum wr wb…senang bisa menyapa Indah kembali, semoga senantiasa sehat dan bahagia. Meski telat kami juga mengucapkan selamat Idul Adha 1431 H..melalui hari raya ini akan lebih meningkatkan keimanan kita dan semangat rela berqur’ban kepada Allah dan RasulNya sebagai wujud kecintaan kita kepada Nya…
    Salam untuk Indah dan keluarga..

    • Wa’alaikum salaam Umi. Indah juga senang disapa Umi. Segan juga rasanya kerana Umi selalu ke blog Indah sedangkan Indah belum punya ruang masa membalas kunjungan.

      Semoga segala pengorbanan kita diberkati Allah SWT. Amiin. Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk Umi dan keluarga.
      Semoga sehat dan bahagia selalu.

      Salam sayang dan rindu dari Indahkasihku buat Umi di hari raya ini. 😀

  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Indah Kasihku Sekeluarga. Semoga dengan peringatan Hari Raya Aidil Adha ini kita semua dapat mengambil teladan dari pengorbanan yang penuh keiklasan dari Nabi Ibrahim AS dan juga putranya nabi Ismail AS.

    • Bunda… Indah juga rindu dengan bunda.
      Maafi Indah kerana lama tidak di maya Indahkasihku, tetapi kita selalu bersama di hati, kan. 😀
      Terima kasih masih menjenguk Indah. Terharu.
      Salam sayang buat bunda tersayang. 😀

    • Sahabatku Suri,
      Alhamdulillah, Indah sihat dan ceria di tahun baru ini.
      Maaf Suri kerana Indah baru muncul di Indahkasihku. Terima kasih atas kunjungan. Insya Allah akan berusaha untuk aktif kembali.

      Semoga persahabatan akan terjalin kembali.
      Salam indah selalu.

Leave a reply to indahkasihku Cancel reply