Jika Aku Tidak Sempat Membayar Hutang

Alhamdulillah…. telah lama taman Indahkasihku ini, Indah tinggalkan. Maafkan Indah wahai sahabat sekalian. Indah tidak berkunjung ke laman sahabat selama ini. Indah tidak bermaksud menyepi begitu lama.

Kesibukan tugas ditambah dengan kesihatan yang kurang mantap kerana demam dan selsema memberi kesan kepada aktiviti di blog. Semoga  kalian memahaminya. Terima kasih kepada sahabat yang sudi datang menjenguk walau tiada posting baru ditadahkan, juga bertanya khabar. mudahan Allah merahmati kalian semua. amiin.

Dalam keresahan diri sepanjang menerima “hadiah’ dari Allah, Indah tidak putus-putus melakukan munajat kepada Allah swt dan membaca al-Quran agar diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian. Demamnya bukan demam biasa, kehangatan yang luarbiasa dirasai sehingga menyusutkan berat badan dalam beberapa kilo. Kurang selera makan, hanya sekadar menyamah air putih dan beberapa keping roti. Alhamdulillah… kini sakitnya semakin kurang dan Indah rasa sudah mulai sihat.

Pernahkah sahabat semua membayangkan sepanjang kita sakit, tiba-tiba Allah menjemput kita kepadaNya. Itulah yang Indah selalu bayangkan. Maka, dalam rasa sakit yang payah, Indah berusaha untuk melakukan amal ibadah semampu yang boleh kerana Indah bimbang itulah kehidupan terakhir Indah di dunia ini. Alangkah singkatnya kehidupan ini, jika kita faham akan tujuan hidup dan mati.

Masya Allah… ketika dalam kesakitan itu, Indah teringat akan segala hutang piutang yang ditanggung kini. Ada hutang yang  masih belum dilangsai sepenuhnya.  Di zaman moden ini, ternyata jarang manusia hidup dengan membayar tunai. Jarang sekali. Kita lebih banyak  hidup dikelilingi oleh hutang. Antaranya hutang rumah, hutang bank, hutang kad kredit, hutang kenderaan, hutang barang runcit,  hutang pinjaman pelajaran dan pelbagai lagi. Banyaknya hutang kita.


Alhamdulillah.. setakat ini, Indah hanya ada hutang rumah sahaja. Yang lain-lainnya sudah dilangsai. Kini Indah lebih senang membeli dengan tunai. Bebas hutang adalah satu kejayaan buat kita.

Apa yang akan berlaku jika kita  tidak sempat membayar hutang ? Katakanlah kita tidak sempat memaklumkan kepada ahli keluarga kita tentang hutang piutang kita. Bagaimanakah mereka yang hidup dapat menanggung hutang kita ? Apakah kita yang sudah mati, selamat dengan meninggalkan hutang yang belum dilangsai lagi ? Subhanallah… Sudahlah ketika hidup menyusahkan diri sendiri, setelah mati pula kita menyusahkan orang lain.

Bagaimana pendapat sahabat sekalian … Jika kita tidak sempat membayar hutang ?

Penulis : INDAHKASIHKU.  24 APRIL 2010 (SABTU) – 2202 MALAM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

32 thoughts on “Jika Aku Tidak Sempat Membayar Hutang

  1. salam ukhwah kembali buat saudariku Indah yang
    diingati.

    Alhamdulillah. syukur kehadrat Illahi…taman Indah kembali segar dengan siraman titisan hujan
    nurani.semuga bebunga mengembang kelopak2 mewarnai taman yang kembali mengharum buat2 teman2 di alam maya ini…

    Situasi kesibukan tugas sememangnya membantut
    sesuatu penulisan…doakan semuga kesembuhan dari “anugerah” Illahi akan membangkitkan aura bagi menghangatkan alam maya ini…

    Coretan tentang “Hutang”..
    sememangnya sinonim dengan kehidupan umat muttakhir ini,seumpama suatu rantaian yang membelenggu jasad dan jiwa insan dari menikmati
    kebebasan mutlak sebagai makhluk Illahi….seakan2 ada suatu perancangan licik kaum
    “debtor” untuk memerangkap umat ini supaya menjadi makhluk “goyim”(anak lembu) peliharaan mereka…(nauzubillah)..

    Alangkah berbahgianya seandai sahabat2 semua bebas dari bebanan hutang…setiap waktu jangan lupa doa khusus untuk di langsaikan hutang…dan jangan pula lupa untuk membayar hutang2 syariat(umpama solat,zakat,haji dll) kepada Allah s.w.t.

    Salam dari alqaswa…

    • Salam hormat buat alqaswa sahabat yang dingati juga.

      Terima kasih kerana tulisan yang sangat baik dan doa yang menyenangkan. Indah rasa damai kerana diperingatkan sedemikian. Itulah beruntungnya mempunyai teman maya yang selalu ingin berkongsi idea dan hikmatnya.

      Alhamdulillah.. insya Allah, Indah akan berusaha untuk menulis semula sesudah sihat ini.

      Hidup dalam hutang cukup meresahkan. Lebih baik kumpul duit dulu sebelum membeli barangan yang diinginkan. Bersabar dalam mengumpul tunai akan memberi impak yang besar kepada nilai barang yang kita beli. memang berbaloi.

      Salam penuh keindahan dari Indah buat alqaswa.

    • Hi Gadget News.
      Kumpul, bayar dan selesai hutang.
      Bayar sikit-sikit, lama- lama hutang akan selesai juga.

      Terima kasih. Indah senang menerima teman baru. Salam hangat dari Indahkasihku.

  2. hutang hanya membawa resah, lunasi selagi bisa..
    sikit2 tak apalah, yg penting berkurang.. 😀

    *semoga Indah diberi kesihatan oleh Allah yang tidak meninggalkan sakit lagi…, syafakillah 🙂

    • Iya.. Indah setuju. Itu namanya bijak.
      Amiin… Indah mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan baik sihat mahupun sakit.
      Terima kasih saudara Yanrmhd atas doanya.
      Salam indah dari Indahkasihku.

  3. Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    maaf, indah, saya baru sempat kembali berkunjungan ke rumah mayamu ini, semoga kabar indah selalu baik dan penuh berkah dari-Nya.

    benarlah apa yang indah jelaskan diatas, bahwa hutang hanya membuat kerisauan dalam diri, setiap kita memang seharusnya jangan sekali-kali berani berhutang, jika akan berhutang harus dipikirkan matang-matang, agar dalam proses pengembalian tidak tersendat. semoga kita dijauhkan dari kebiasaan berhutang. yap, bayarlah sedikit-sedikit selagi bisa, berdoa kepada Allah agar dimudahkan dalam menyelesaikan segala hutang….

    salam berkah, terima kasih atas hikmah indah yang ditorehkan dalam tulisanmu kali ini .

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb saudara Usup.

      Senang menerima kunjungan dan kiriman doa yang dilampirkan bersama buat Indah. Alhamdulillah, Indah sudah semakin sihat.

      Tapi kini, orang sangat suka berhutang untuk memenuhi nafsu semata-mata terutama dalam pembelian kereta yang tidak lagi disebut sebagai barang mewah tetapi barang keperluan.

      Mudahan hidup kita bebas dari hutang kecuali hutang kepada Allah yang wajib dibayar mengikut selayaknya.

      Salam penuh indah dari Indahkasihku.

    • Hai Delia…

      Ternyata pesan ibumu itu sangat bagus, Delia. Orang tua yang berpengalaman tentang susah payah hidup selalu memberi sesuatu yang berguna buat anaknya. Indah sangat terkesan sekali dengan kata tersebut.

      Salam kasih dari Indah buat Delia di sana.

    • Bebas dari hutang kebendaan adalah sesuatu yang menyenangkan dalam hidup. Kalau mahu bebas, pesan saya kumpul duit dulu, baru beli apa yang diinginkan. cuma harus tahan selera dulu.

      Bukankah cara itu bermanfaat saudara Wawansri untuk memenuhi keperluan kita ? Maka tidak perlu menanggung hutang. 😀

  4. salam..
    sy masih blaja dan insya-Allah, akan memasuki alam perkerjaan tidak lama lagi..risau juga pikir pasal hutang, hutang kereta, hutang rumah etc…

    • Salam kembali saudara Faizal.

      Kehidupan kini, tidak membuat kita terhindar dari hutang. Tetapi kalau tidak mahu berhutang dan membayar tunai juga bukan masalah besar tetapi satu cabaran buat kita. Hanya menunggu waktu sesuai seusai wang sudah cukup dikumpulkan dan kita membayarnya tunai. itu memberi nilai paling tinggi dalam usaha kita.

      Iya.. terserah kepada kemahuan diri. Mahu berhutang atau tidak. Yang pasti kita yang menanggung kedua-duanya. Indah doakan, semoga berjaya dalam pengajian dan berjaya mendapat pekerjaannya nanti.

      Salam indah dari Indahkasihku.

    • Salam keindahan buat Suri.

      Insya Allah… Indah tidak akan pernah lupa pada Suri. Cuma kelewatan mendatangi blog Suri kerana banyak tugas yang harus Indah beri tumpuan. Inipun Indah terpaksa mencuri masa yang sedia ada untuk membalas segala komentar. Kerana terlalu lelah/penat, malam tidurnya sangat lena sekali.

      Terima kasih Suri kerana menghargai karya Indah. Indah sangat terharu. Alhamdulillah.

      Suripun tidak kurangnya. Punya bakat dan potensi besar dalam menulisa. Teruskan walau sibuk manapun.

      Salam kasih dari Indahkasihku.

  5. sungguh sempit hidup ini dengan adanya hutang.
    sungguh indah hidup tanpa adanya hutang..

    semoga Allah selalu memberikan berkah Nya sehingga lepas dari segala hutang..

    • Salam takzim dan terima kasih saudara Orido atas kunjungan indah di taman Indahkasihku ini. Indah sangat menghargai kenalan baru dari seberang lautan sana. Senang dalapt sahabat baru.

      Amiin… mudahan kita akan selalu dimudahkan Allah dalam berbelanja dan jangan sampai dibelenggu hutang.

      Terima kasih. Salam dari Indahkasihku.

    • Alhamdulillah.

      Terima kasih saudara Hidier. Bebas hutang adalah saat paling indah dalam hidup Indah.

      Semoga saudara juga dapat menikmati kebebasan hutang tersebut. Salam dari Indahkasihku.

    • Gado-Gado..
      Kalau mengikut hadis Rasul… iya, bakal ditagih di akhirat.
      Maka sebelum meninggalkan dunia ini, harus dimaklumi kepada waris tentang hutang kita. Moga tenang di alam baqa’. Wallau’alaam.
      Salam keindahan selalu.

Leave a reply to Fanz Cancel reply