Mampukah Kita Bersabar Jika Dimarah ?

Indah menulis berdasarkan pengalaman yang Indah alami. Indah pasti kita pernah dimarah oleh sesiapa dalam hidup kita. Ibu, ayah, guru, teman, bos atau mereka yang tidak kita kenali mempunyai sebab kenapa kita harus menerima kemarahan tersebut. Adil atau tidak bergantung kepada tanggapan kita sendiri.


Kadang kala kemarahan itu ditujukan tepat kepada kesalahan yang kita lakukan. Tidak dinafikan juga, kemarahan dilemparkan tanpa kita tahu sebab musababnya. Tiba-tiba kena marah kerana kita terperangkap dalam situasi amarah si pemarah kepada orang lain lalu tempiasnya menimpa kepada kita. Mampukah kita bersabar menghadapi situasi sebegini ?

Mendidik diri menjadi seorang penyabar bukanlah satu hal yang mudah. Walaupun Allah telah menjamin akan kehadiranNya jika hamba itu bersabar dengan apa yang dilaluinya. “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar”. mafhum ayat.

Indah sendiripun, akan meletus juga kemarahan jika dimarah tanpa usul periksa dan sebab kesalahannya. Alhamdulillah, berbekalkan jaminan Allah swt di atas, Indah berusaha untuk menahan kemarahan dan banyak bersabar dengan menenangkan hati ketika berhadapan dengan individu yang sedang marah. Untuk setakat ini, Indah berjaya melalui ujian Allah untuk tidak kembali melemparkan kemarahan kepada si pemarah.

Di sini, ingin Indah kongsikan pengalaman diri dengan beberapa tips  mudah yang boleh membantu untuk menenangkan diri ketika menerima kemarahan seseorang.

1. Ketika mula menghadapi si pemarah, tariklah nafas panjang-panjang sambil menenangkan diri untuk persediaan mental dan emosi diri.

2. Pandanglah wajah si pemarah dengan tenang tanpa memberi reaksi bahawa kita akan kembali membalas kemarahannya. Tunjukan sikap “cool” sahaja.

3. Dalam hati, teruslah beristighfar memohon keampunan Allah untuk kita dan si pemarah.

4. Jangan sekali-kali menjawab kata-kata orang yang sedang marah. Walaupun apa yang dikatakannya tidak benar. Sebaiknya diam dan jadi pendengar yang baik.

5. Setelah si pemarah selesai mengungkapkan kemarahannya. Biarkan seketika dia beralun dengan emosinya yang telah diluahkan sebelum kita memulakan bicara pembelaan diri bagi menjelaskan situasi yang diperkatakan tadi.

6. Bicaralah dengan tenang ketika mahu menegur semula atau memberi penjelasan tentang perkara yang berlaku. Ketenangan kita menghadapi si pemarah akan memudarkan rasa marah dan menghadirkan belas ihsan kerana kesanggupan kita menghadapi saat genting dimarahi.

 

7. Sebaiknya, jika kita merasai amarah kita juga bangkit. Mohonlah dengan tertib dan sopan untuk mengambil wuduk, solat sunat dua rakaat dan berdoa. setelah itu, kembalilah menghadapi semula si pemarah tadi dan berbicara dengan tenang.  (Tips ini dilakukan dengan orang yang dekat dengan kita sahaja)

Walau bagaimanapun, pengalaman Indah di atas, tidak selalunya berjaya dan sempurna dilaksanakan.  Tetapi kesannya sangat mengkagumkan kerana Indah dapat merasai kedekatan Allah swt jika kita bersabar menghadapi kemarahan seseorang. Sekurang-kurangnya mencuba adalah yang terbaik dari kita terus-terusan berbalah tanpa noktah kerana mahu mencari kemenangan dan berangapan kita sentiasa di pihak yang benar.

Penulis : INDAHKASIHKU. 19 Mac 2010 (JUMAAT) – 2158 MALAM


 
 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

29 thoughts on “Mampukah Kita Bersabar Jika Dimarah ?

  1. salam indah..
    1)segerlah angkat air sembahyang semoga api syaitani tu akan padam dengan segera.

    2)jika kita marah dalam keadaan duduk maka kita berdirilah pula..bergitulah sebaliknya

    • Syaitan akan selalu berusaha untuk memporak perandakan manusia dengan tiupan api yang menyala. Maka hanya dengan air jua yang mampu disemburkan untuk meredakannya. Lalu jika marah masih juga tidak hilang…. sebaiknya mandi dan berendam atau berenang… hehehe.

  2. Saya pernah dimarahi oleh ayah gara-gara dituduh suka menipu oleh seorang saudara saya..teruk juga saya kena marah..perbuatan beliau betul2 mencemarkan nama baik saya..

    Saya pergi tanya dia kenapa berkata begitu..dia menjawab dengan selamba seolah-olah apa yg dikatakan hanya perkara biasa saja..sedangkan dia sendiri tidak tahu perbuatannya telah menyebabkan hubungan saya dengan ayah retak..

    entah kenapa saya tidak berasa marah dan tidak hiraukan lagi perkara itu biarpun ayah sudah tidak mempercayai saya.

    bagaimanapun kisah itu berlalu begitu saja dan saya masih berkawan dengan saudara itu seperti biasa, tiada sebarang perselisihan dan hubungan sy dgn ayah pun dah ok..

    sebenarnya dunia ini begitu indah jika kita tidak membalas dengan marah, bersyukur dengan ujian tuhan, terima tomahan dengan hati terbuka dan jangan melinting..kebenaran akhirnya akn terbukti..

    • Satu kongsian pengalaman yang menarik dari saudara Wanwma untuk direnungi. Tidak semua insan yang sanggup redha dan menerima kembali kebusukan yang telah dilemparkan ke mukanya. Sungguh mengkagumkan saudara Wanwma mempunyai kekuatan ihsan sedemikian. Mudahan Allah selalu merahmati saudara dan menambah lagi keimanan untuk sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan pelbagai karenah manusia masa kini. Terima kasih Indah ucapkan. Jika kesabaran menjadi teman hidup, ketenangan dan kedamaian akan membahagiakan kita.

  3. salam buat Indah..

    Kemarahan tiada bertempat adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari oleh insan2 yang beriman,namun kemarahan kepada kemungkaran yang berlaku di hadapan mata adalah kemarahan yang dituntut oleh syariat ,walau sekadar didalam hati namun ia dianggap suatu amal soleh yang perlu ada dalam sudut hati…suatu saranan yang bagus untuk diamalkan ..jazakallahukhairankasiiraa di atas entry tersebut..muga2 dapat beramal..

    Petikan yang menarik untuk difikir..
    “mengambil wuduk, solat sunat dua rakaat dan berdoa. setelah itu, kembalilah menghadapi semula si pemarah tadi dan berbicara dengan tenang”
    Salam ceria dari alqaswa.
    wassallam

    • Salam ceria kembali.

      Marah kepada mereka yang melanggar perintah Allah adalah tuntutan Islam. Indah sangat setuju dengan pernyataan alQaswa. Kita sepatutnya cemburu kepada sesiapa sahaja yang “berani’ dan sanggup menentang perintah Allah swt terutama ahli keluarga kita.

      Mudahan Allah selalu membantu kita semua dalam menanggani kondisi marah kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk meletuskan api yang membara hati dan jiwa manusia agar tunduk kepadanya. Wal’iyazubillahi min dzaalik. Terima kasih saudara alQaswa. Semoga diredhai Allah swt selalu.

  4. setuju.. tips yg baguus bgt.. saya jg sering kena marah.. tp sy tetap menahannya walau byk kata yg menyinggung.. lebih baik tidak menjawab kata-kata orang yang sedang marah. Walaupun apa yang dikatakannya tidak benar. saya lebih memilih diam dan jadi pendengar yang baik. dari pada melawan dan menimbulkan pertengkaran’perkelahian.. gak banget dah..😀

    salam..

    • Indah pasti, hati mereka yang mampu menahan diri dari marah, malah bersikap tenang akan merasai kemanisan iman dan indahnya jaminan Allah itu tersebar bak air segar menyirami seluruh tubuhnya. Satu kemenangan telah diperolehi kerana mampu mengalahkan syaitan laknatullah yang sedang berusaha melaga-lagakan kita saat marah tersebut.

      Menjadi pendengar yang baik dan berdiam diri adalah satu jalan keluar untuk menghindar dari berlanjutnya pertengkaran. Saudara Muhammad Zakariah telah memberi contoh yang baik kepada diri dan orang lain untuk berusaha mengawal diri. Indah juga selalu berusaha melakukan cara ini ketika dimarah. Alhamdulillah, cukup berkesan. Terima kasih sudi kembali menuang ilmu di taman Indah ini.😀

    • Insya Allah.. Indah tak akan marahkan Suri… hehe.. betul ke ni.. untuk apa marah-marah ya… nanti lekas tua. Thanks Suri. You’re always near me. Take care. May Allah bless you wherever you’re.

    • Amiin… mudahan dengan bersabar, banyak hati akan terbina dengan akhlaqul kariimah. Hanya perlu ada yang mahu mengalah. Mengalah bukan bermaksud kalah sejati. Terkandung di dalamnya kemenangan tersirat. Salam keindahan dari Indah.

      • benar😉

        Indah, linkmu sudah kupasang dilamanku😉

        Saudara Usup:
        Alhamdulillah…. terima kasih. Senang mengetahuinya.😀

    • Marah sebenarnya perlu juga Suri jika kesalahan yang kita perhatikan itu patut ditegur. Namun kemarahan itu perlu dikawal sesuai dengan peringkat manusia yang berdepan dengan kita terutama ahli keluarga dan anak-anak.

      Iya… wanita selalunya menjadi teman airmata. Tidak dinafikan, airmata akan mengalir jika kemarahan yang dituju bukan pada kesalahan yang sebenarnya. Indah hanya menangis setelah selesai semua kisah marah tersebut. Itupun di tikar sejadah saat memohon keampunan kepada Allah swt atas kesilapan yang telah dilakukan. Salam sahabat buat Suri.

  5. banyak orang mengatakan bahwa sabar itu ada batasnya, tapi menurutku kebanyakan manusia menggunakan kelemahannya untuk membuat batas-batas kesabaran sendiri-sendiri, dan pada akhirnya kata batas kesabaran seringkali dipakai untuk melegalkan perbuatan yang melanggar aturan ( melampiaskan amarah juga keputus asaan ), wallohu alam..

    • Mengapa ya…. harus manusia menentukan batasan sabarnya sedangkan manusia sepatutnya tahu mengawal marah dan mendidik diri ke arah sabar yang dianjurkan Islam. Ternyata memberi kategori kepada sesuatu sifat berkaitan dengan perasaan akhirnya akan memakan manusia itu sendiri. Itulah kelemahan manusia yang patut disadari.

      Indah setuju dengan pendapat saudara Abisabila dalam hal ini. Terima kasih kerana telah menuangkan ilmu diminda untuk selalu berfikir tentang kesilapan yang manusia sering alpakan. Wallahu’alaam. Salam ukhuwwah penuh keindahan Islam.

  6. salam
    marah ni ibarat api..
    kalu orng marah kat kita and then kita balas balik, maknanya kita dan semarakkan lagi api tu.

    orng yg tengah time marah, dia sebenarnya hilang sedikit kewarasan.
    sebab tu pada saya kalu orng marah, jangn dimarah balik.cari pendekatan berlembut untuk selesai masalah.

    • Salam kembali saudara Faizal

      Api kemarahan itu dihadirkan oleh syaitan laknatullah. Oleh itu, berhati-hati dalam melontarkan kemarahan kepada sesiapa dan bersabar dalam menerima amarahnya. Jika kedua-duanya marah… tentu sekali yang bertepuk tangan adalah syaitan. Mudahan kita dalam kalangan yang berupaya menahan diri dari sifat marah. Terima kasih. Salam penuh indah dari Indahkasihku.

  7. Salam kembali saudara Faizal

    Alhamdulillah…. Indah sangat terharu atas pemberian award tersebut. Terima kasih.. segan juga jadinya kerana Indah baru sahaja membina blog dan blogger baru di dunia maya ini, sudah dapat award pula. Apatah lagi baru saja menjalinkan ukhuwwah di blog saya. Sesuatu yang tidak pernah Indah duga dan impikan.

    Mudahan akan lebih menjadikan Indah bersemangat untuk menulis dan berkongsi ilmu. Thank you for all of that and for so much reason.

    Salam keindahan dari Indahkasihku buat saudara Faizal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s