Mencapai Kemuliaan Diri

Subhanallah walhamdulillah…. segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku nikmat KEMANISAN IMAN dan nikmat KEINDAHAN ISLAM. Lalu dengan setiap sajian kurnia yang sungguh menakjubkan itu  dapat ku nikmati hingga kini.

Saat nafas ini mulai menyedut wanginya aroma dunia yang memiliki pelbagai rempah ratus rona kehidupannya. Tika jantung ini mulai berdetak kencang menyusur arus darah menuju ke setiap salur urat  tubuhku untuk terus bergerak. Segenap kekuatan yang ditancap ke seluruh sendi anggota agar melakukan sesuatu yang mampu mencapai keelokan budi dan kewarasan akal kemanusiaanku.

Terima kasih Tuhanku kerana mengingatkan aku akan pesan yang disampaikan oleh lelaki yang dimuliakan kehidupannya oleh-Mu di dunia dan akhirat buat bekal diri dan sahabat sekalian. Mudahan kita semua beroleh manfaat untuk mencapai kemuliaan diri dalam meninggikan syiar Islam di bumi barakah ini.

Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa telah bersabda Rasulullah saw: “KEIMANAN yang paling mulia adalah memberi keamanan kepada manusia dari perangaimu. KEISLAMAN yang paling mulia ialah menyelamatkan manusia dari lidah dan tindakanmu. HIJRAH yang paling mulia adalah hijrah dari pelbagai keburukan. JIHAD yang paling mulia ialah menewaskan musuhmu di medah jihad. ZUHUD yang paling mulia ialah jika kalbumu dapat ditenangkan oleh rezeki yang diberikan kepadamu. DOA yang paling mulia yang kamu panjatkan kepada Allah swt ialah memohon ‘afiyat dalam agama dan dunia.”


WAHAI SAHABAT SEKALIAN… hidup ini hanya sementara. Peluang  nafas dihembus masih ada untuk berubah diri. Peluang jantung didegup masih mampu untuk mencari kesedaran. Peluang nadi didenyut urat masih sedia untuk menghadirkan keinsafan. Kita punya upaya dengan akal dibekal untuk berfikir secara hebat. Ayuh.. berjuanglah untuk MENCAPAI KEMULIAAN DIRI sebagai manusia.

Penulis : INDAHKASIHKU. 15 Mac 2010 (ISNIN) – 1216 PAGI


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

16 thoughts on “Mencapai Kemuliaan Diri

  1. Salam sejahtera buat saudari Indah,

    Alhamdulillahillazi ahyana ba’dama amaatana waailaihinnusuur…Syukur kepada Illahi yang
    telah membangkitkan 360 sendi anggotaku dipagi
    yang damai ini..lalu menerima suntikan biotik iman dari saudari..lalu terus ku bangkit meneruskan pengembaraan tanpa henti,walau dalam samar kegelapan..namun di hujung sana tersimpan nur yang pasti…keridhoaan yang didamba..

    “Peluang nafas dihembus masih ada untuk berubah diri. Peluang jantung didegup masih mampu untuk mencari kesedaran. Peluang nadi didenyut urat masih sedia untuk menghadirkan keinsafan”

    Subhanallah..sangat indah rangkaikata di atas..
    Jazakallah..kerana sudi mencerahkan minda umat,
    hanya Allah s.w.t sahaja yang akan menganjari setiap amal baik setiap hambaNya..
    Salam penuh ceria dari alqaswa.
    wassallam.

    • Kebaikan dari Allah swt untuk setiap nur yang didambakan dari hati hamba yang inginkan petunjuk-Nya. Indah doakan mudahan al-Qaswa dianugerahi nur Ilahi dalam menuju keredhaan-Nya.

      Hidup ini tidak selamanya indah dan bahagia. Untuk memperolehi keindahan dan kebahagiaan itu, lorong jalan yang dituju pasti akan menemui banyak onak dan duri. Tidak dikatakan beriman seorang hamba itu jika tidak diuji dirinya. Berubah atau tidak, bergantung kepada cara fikir dan kekuatan dalaman insaniahnya.

      Penghargaan dari Indah kepada alQaswa kerana sudi menjenguk ramah dengan pesan bermanfaat.

    • Salam ceria kembali Suri. Hidup ini harus dilalui dengan indah dan pasti sekali keindahannya mampu merona harum jiwa kita. Baru hadir keceriaan. Lalu kita dapat berkongsi dengan insan lain akan kebahagiaannya. Seperti Cahaya Cinta yang dimiliki Suri.

  2. Assaladualaikum,saudari izin kan saya copy paste artikel2 saudari utk dimasukkan dalam blog sya.mga ALLAH memberi rahmatnya pada saudari.salam ukhwah buat saudari.mga ukhwah ni membawa kebaikan dunia akhirat buat kita..amin

    • Wa’alaikum salaam Wardah as Sakinah

      Silakan…. dengan besar hati dan gembiranya Indah mengizinkan. Mudahan ada manfaat dari apa yang Indah tuliskan. Tidak menjangka ada yang sudi memberi perhatian pada tulisan Indah.

      Salam ukhuwwah penuh hormat dari Indahkasihku.

  3. Assalamualaikum,saudari izin kan saya copy paste artikel2 saudari utk dimasukkan dalam blog sya.mga ALLAH memberi rahmatnya pada saudari.salam ukhwah buat saudari.mga ukhwah ni membawa kebaikan dunia akhirat buat kita..amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s