Bunga Kasih Sayang

Aku adalah insan penyayang.  Begitu juga sahabat sekalian. Kita semua dilahirkan oleh insan yang saling sayang menyayang antara satu sama lain. Melalui kasih sayang yang tersebar itu, maka kita semua diizinkan oleh Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk bertemu sua di maya pada ini. Walau tidak pernah, malah tidak akan pernah berpandang mata di dunia relia. Kita cukup mengerti hal ini kerana kita punya rahsia masing-masing.


Aku bahagia membahagikan kelopak bunga kasih sayang kepada semua sahabat yang sudi menjengah hadir ke Taman IndahKasihku.  Menyajikan hidangan minda juga rohani untuk sama-sama meninggikan daya intelektual melalui perkongsian ilmu dan idea yang hebat.

Berpemikiran besar menjadikan kita manusia yang hebat dan terbilang.

Terima kasih atas sokongan, semangat dan motivasi yang diberi untuk aku terus menulis dan melakar pena digitalku dengan darah ketikan hurufnya. Baharu 2 hari menghadirkan diri di dunia maya ini, aku dapat merasai hangatnya sebuah persahabatan dalam ukhuwwah yang penuh kedamaian untuk saling berpesan dan mengingatkan kebaikan bahawa dunia blogger banyak manfaatnya untuk dimengertikan.

Penulis : INDAHKASIHKU. 12 Mac 2010 (JUMAAT) – 1445 petang


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

8 thoughts on “Bunga Kasih Sayang

    • Hehehe… Subhanallah. sampai begitu sekali terbangnya Suri… maaf kalau bicara Indah mengganggu tumpuan… menulis sekadar apa yang terlintas di minda sebagai satu perluahan yang ringan aja. Terima kasih Suri kerana kehadiran Suri memberi sokongan untuk Indah terus menulis di taman IndahKasihku ni.

  1. Salam kembali buat Indah,
    Sememangnya benar kehidupan ini umpama “jual-beli” kasing sayang maka akan senantiasa damailah alam…

    alqaswa tertarik dengan petikan di bawah..

    “Bunga kasih sayang sentiasa tumbuh di sekeliling kita jika selalu disiram dengan air pengasih. Di baja dengan tasbih cinta. Di ranum dengan buah sayang. Sesiapa yang memetik bunga kasih sayang itu, pasti hidupnya penuh dengan wangi harum.”akan ku kutip kelopak2 yang berguguran kebumi buat mencium harumannya semerbak umpama kasturi…(oops suri..)

    Subhanallah..sangat menarik rangkaikata yang penuh puitis…

    salam ceria..wassallam

    • Terharu sekali dengan kata penghargaan dari al-Qaswa. Alhamdulillah dan terima kasih… Semua itu kurnia Ilahi yang menitipkan sedikit keindahan buat Indah tahu merongkai kata yang indah-indah. Hidup ini harus dinikmati dengan segala keindahannya baik dalam penggunaan bahasa, tutur kata, sapaan dan pesan memesan dalam kebaikan.

      Saya juga kagum dengan guna bahasa alQaswa dalam penulisan. Punya prosa yang indah dan puitis. Keindahan makna yang tersirat mampu digubah melalui bahasa yang hebat kosa katanya.

      Silakan kutip saudara alqaswa akan kelopak bunga kasih sayang itu untuk disebarkan segala wangian haruman kasturinya ke pelusuk dunia Islam. Mudahan banyak hati akan bertaut erat untuk meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Salam ceria juga. Wassalaam.

    • Alhamdulillah… kasih sayang itu adalah milik semua makhluk Allah. Tentu sekali ada manisnya untuk diikat dan ditaut dengan benih cinta kemudiannya bagi mereka yang menghargai sebuah persaudaraan. Terima kasih saudara Nizwa11 kerana sudi singgah dan berkenalan. Indah amat menghargai ukhuwwah yang bakal dibina. Insya Allah akan berusaha menulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s