Aku Seorang Penulis Dunia Baru

SALAM KENAL  DAN TERIMA KASIH kerana sudi menyapa dengan senyuman dan harapan untuk berkenalan dengan AKU SEORANG PENULIS DUNIA BARU. Ini dunia baruku… menulis di blog adalah satu cara untukku meluahkan segala isi hati, mencanai minda, berkongsi idea dan menambah sahabat. Duniaku penuh dengan harapan yang menyeronokkan.

Ingin ku sapa dunia dengan cahaya terang benderang. Ingin ku sebar kasih dengan sayang yang terbilang. Ingin ku kongsi segala apa yang menjadi kebanggaan dan kehebatanku sebagai manusia yang berakal.

Menulis adalah hobi yang sangat aku cintai selain membaca. Dua aktiviti ini menjadi rutin akrab untukku menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan daya intelekku seusai bertugas. Sering kepenatanku hilang ketika hati dan mindaku memacu untuk berfikir apa yang harus aku lakukan.

Dengan menulis aku rasa bahagia kerana semuanya diukir dengan kata-kata yang aku ingin perkatakan. Aku tulis dengan hati. Aku tahu dengan hati akan terlahir pancaran yang mampu memukau pandangan mata hati sesiapa yang sudi membaca fikiranku.

Penulis : INDAHKASIHKU. 10 Mac 2010 (RABU) – 1153 pagi


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.


19 thoughts on “Aku Seorang Penulis Dunia Baru

  1. Assalamualaikum Kakak Indah,
    Berkunjung pertama kali ke Blog baru…

    Blog yang berwarna-warni dan ceria terlihat dari tampilannya.

    Menandakan pemilik blog ini juga adalah orang yang aktif, ceria dan terbuka.

    Teruslah menulis, sahabat baruku…

    Azzahra

    • Wa’alaikum salaam Azzahra.

      Salam kenal kembali dan dengan senang hati menerima kunjungan Azzahra sebagai sahabat pertama di dunia maya ini.

      Terima kasih kerana menghargai dan memberi semangat juga sokongan untuk tulisan pertamaku. Insya Allah akan terus menulis dalam kelapangan. Semoga persahabatan ini akan berterusan. Aku amat menghargainya, sahabatku yang baru.

  2. Teruskan menulis, selain dr menyeronokkan, ia juga salah satu cara kita menyampaikan informasi. Menjadi blogger dapat membantu kita menjalinkan ukhuwah dengan insan2 hebat!

    Salam perjuangan!

    • Salam perjuangan juga saudara WanWma. Alhamdulillah, Indah gembira kerana mendapat sokongan dari sahabat baru dalam menulis. Insya Allah akan diteruskan jika masa lapang diperolehi. Terima kasih kerana sudi jadi sahabat baru Indah di dunia blogger ini..

  3. terima kasih sb sudi masuk blog suri..
    wah,,bahasa yang sungguh puitis..suri amat suka membacanya..teruskan usahamu teman dlm dunia berblog ni kerana mash ada insan yang dahagakan ilmu diluar sana tu

    • Sangat menghargai kunjungan kembali Suri ke taman Indah ini. Bahasa adalah cerminan diri dan bangsa. Dengan membina bahasa kita akan berjaya membina bangsa dan jati diri yang utuh. Terima kasih atas sokongan Suri. Insya Allah, Indah akan berusaha berkongsi ilmu untuk kebaikan insan yang sudi membaca tulisan yang tak sepertinya dari Indah.

  4. salam kembali buat Indah…

    “MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU”

    kesamaran dalam mengenalimu akan mencetuskan cahaya kegembiraan dalam persahabatan menuju keridhoaan Illahi..

    sangat abstrak petikan di atas ..

    wassallam.

    • Mudahan Indah akan mampu memberi nur yang indah buat sesiapa yang sudi membaca tulisan dan papar idea di medan juang maya ini. Hanya mahu mencurahkan bakti walau cakarannya di darah pena. Sangat menghargai kunjungan balas dari al-Qaswa.Penghargaan kata-kata al-Qaswa cukup membahagiakan ruang hati untuk terus berkarya seindah pelangi.

    • Wa’alaikum salaam saudara Muhammad Zakariah. Insya Allah, Indah akan berusaha untuk berkarya bagi menyemai benih cinta kepada ilmu dan menyebarkan bunga kasih sayang sesama manusia. Persahabatan ini akan menyemarakkan wangi dunia blogger bagi Indah yang baru memulakan langkah pertamanya. Terima kasih atas sokongan.

    • Alhamdulillah…. Indah sungguh terharu. Kedatangan Suri menambah semangat Indah untuk terus menapak diri di dunia blog yang cukup menggegarkan keinginan bagi berkongsi segala ilmu yang ada. Terima kasih Suri. Hanya Allah swt sahaja yang memberi kebaikan kepada Suri di sana.

  5. Pingback: TUKARAN LINK… UNTUK APA YA ? « INDAHKASIHKU'S WEBLOG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s