Allahu Akbar…. Alangkah Cantiknya Dia

Sahabatku sekalian… pernahkah anda melihat wanita cantik ? Tentu pernah kan ?  Kita akan terbayang wajah para selebriti terkenal seperti penyanyi, pelakon, ratu cantik dunia, ratu cantik negara dan apa sahaja yang mengambarkan kecantikan seseorang wanita. TETAPI sahabat… pernahkah pula anda melihat kecantikan seorang wanita yang memakai PURDAH ? Tentu ramai yang menyatakan tidak berbanding ya, bukan. Apakah betul telahan Indah ini ?

Sahabatku sekalian… posting kali ini Indah ingin berkongsi pengalaman menatapi keindahan kurniaan Allah kepada seorang dari beberapa sahabat Indah yang memakai “PURDAH”. Penulisan ini ditulis setelah Indah menjumpai beberapa foto Indah bersama sahabat-sahabat purdah Indah ini semalam. Kerinduan kepada sahabat sepengajian memaksa diri meneliti album-album lama yang tersimpan rapi di almari buku.

Perkenalan kami berlaku ketika menjadi pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi suatu ketika dahulu. Indah dapati ada di antara sahabat purdah Indah ini, wajahnya biasa-biasa sahaja seperti wajah Indah… :D. Manakala yang sangat cantik boleh dihitung dengan jari dan cantiknya pula… Allahu Akbar, bukan alang kepalang…bagai BIDADARI. Apakah seperti itu wajah bidadari ? Entahlah.


Setelah bergaul beberapa tahun dengan sahabat-sahabat purdah ini, terdapat tiga kesimpulan yang Indah perolehi dari aspek pemakaian purdah ke atas sahabat-sahabat Indah ini; iaitu:

PERTAMA; pemakaian purdah bagi wanita yang berwajah cantik… subhanalllah, sungguh-sungguh cantik. Hal ini dilakukan untuk tidak menimbulkan fitnah dan memelihara kehormatan dirinya dari sesuatu yang memudharatkan. KEDUA; pemakaian bagi wanita yang mahu menjaga imannya dan KETIGA; pemakaian kerana suruhan suami yang tidak mahu berkongsi kecantikan isterinya dengan orang lain.

Dari aspek hukum syariat yang sebenarnya dalam ajaran Islam, aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada DUA pendapat ulamak. PERTAMA, sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah. Manakala pendapat KEDUA, sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup. Pendapat pertama adalah ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak mazhab Syafie dan Hanbali.

Penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah boleh dirujuk melalui kitab “Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh ‘Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Untuk menggambarkan SANG BIDADARI yang Indah kisahkan di atas, pertama kali  bertemu pandang dengannya, Indah hanya dapat melihat sebening mata yang  cantik menyinar. Subhanallah…. kataku dalam hati..”Betapa cantiknya mata itu.” Mata itu seakan menyapa dengan senyuman tatkala dia memberi salam padaku.

Setelah lama mengenali, kami bersahabat baik dan dia selalu mengunjungi Indah di asrama untuk menumpang solat jika ada kuliah di sebelah petang. Pertama kali (hehehe.. sekali lagi pertama kalinya), melihat dia membuka kain penutup wajahnya… SUBHANALLAH.. bisik Indah…”ALANGKAH CANTIKNYA DIA.. BAGAI BIDADARI LAYAKNYA.” Hati Indah berdebar memandangnya, sangat cantik dan timbul rasa cemburu  ketika melihat kecantikannya. Sungguh tidak puas memandang dan terus menatapi dengan penuh kekaguman. Ciptaan Allah yang sangat cantik.

Cemburu itu bukan setakat kerana kecantikan wajahnya yang luarbiasa, tetapi disaluti dengan akhlak yang juga cantik. Sang Bidadari itu, sopan dan lembut bicaranya.  Senyuman sentiasa menghiasi bibir tika berkata-kata. Barisan giginya putih tersusun indah bak mutiara. Matanya yang bening sejernih air saat memandang, tajam dan menggoda. Kulitnya sangat halus, mulus, bersih dan putih selembut sutera.. (hehehe.. sebab pernah sentuh sutera). Allahu Akbar. Indah sungguh terpesona saat pertama menatapi wajahnya. Kalau Indah sebagai wanita terpegun memandangnya, bagaimana pula lelaki ya ? Sungguh benar dia mewajibkan dirinya memakai purdah tersebut.


Masya Allah…. bagi Indah, pada diri Sang Bidadari itu terdapat satu pakej muslimah yang lengkap anugerah Ilahi. Kecantikannya, mengingatkan Indah akan gambaran kecantikan Puteri Balqis yang diinginkan oleh Nabi Sulaiman a.s, Siti Zulaikha yang menggilai Nabi Yusuf a.s, Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s yang digilai oleh Raja Mesir dan Siti Khadijah  yang menjadi dambaan lelaki Mekah seperti yang diceritakan dalam sejarah.

Walaupun kecantikan sahabat Sang Bidadariku ini tidak dapat menandingi wanita-wanita mulia tersebut, tetapi Indah menyakini kecantikannya sungguh tak terperi untuk digambarkan dengan tulisan ini. Ditambah dengan budi pekerti yang halus dan akhlak yang mulia. Ketaatan  dalam menjunjung syariat; meningkatkan keanggunan tingkah yang ditampilkan. Muslimah yang mengkagumkan kerana bijak dalam pelajaran dan aktif dalam berpersatuan. Masya Allah… sungguh beruntung lelaki yang memiliki Sang Bidadariku ini.

Seperkara yang menarik tentang sahabat-sahabat purdah yang kukenali ini. Mereka sangat ramah, suka bercanda, suka berbincang pelbagai perkara dan sangat mengambil berat dalam persahabatan. Buat sahabat-sahabat purdahku; Kak Ani, Salina, Azzahra, Mashitah, Aisyah, Humaira, Suryani dan Sang Bidadari….. Yakini dan percayalah;

Indah sangat menghargai persahabatan dengan kalian. Walau kita tidak pernah bertemu lagi sehingga kini. Terima kasih kerana telah banyak memberi kehidupan yang indah tentang ilmu dan keperibadian muslimah yang unggul. Indah mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kalian dihadirkan dengan indah oleh Allah swt dalam hidup seorang insan yang bernama “…..” – Indahkasihku. Kalian selalu dalam ingatan dan kenangan abadiku. tak pernah kulupakan. Terima kasih kerana telah hadir dengan seindahnya. Syukran..  YaRabb.

AKHIRNYA, PESAN UNTUK WANITA CANTIK

Hargailah kecantikan yang dianugerahi Allah buat kalian kerana kewujudan kalian adalah satu dari BUKTI KEKUASAAN ALLAH. Jangan dipersiakan kecantikan pada jalan kejahatan dan keburukan. CANTIK PADA PANDANGAN ALLAH ADALAH KETAATANNYA TERHADAP SEMUA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH.

Bagi yang merasakan dirinya TIDAK CANTIK… ketahuilah kalian… BAHAWA ALLAH TIDAK MEMANDANG KECANTIKAN SESEORANG ITU TETAPI MEMANDANG KEPADA KEIMANAN DAN KETAKWAANNYA KEPADA ALLAH SWT. ITULAH UKURAN KECANTIKAN ALLAH KEPADA SEKALIAN HAMBA-HAMBANYA.



Nukilan INDAHKASIHKU: 2323 MALAM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA TULISANKU, MENGENALIKU DALAM CAHAYA SAMAR DAN AKU GEMBIRA MENJADI SAHABATMU.

66 thoughts on “Allahu Akbar…. Alangkah Cantiknya Dia

    • Jhezer:
      Yang cantik fizikal secara muslimahnya, memang sukar di cari, begitu juga yang cantik di hatinya. Mudahan akan ditemui suatu hari nanti.
      Terima kasih sudah hadir.
      Salam kenal dari Indah.

  1. hai indah..
    awalnya gak ngerti “purdah” itu apa…ternyata artinya “cadar” ya…
    yup…kecantikan seorang wanita itu gak cuma dari wajah aja..
    karen itu gak akan abadi..
    kecantikan seorang wanita menurut saya berasal dari..
    kecerdasan,budi pekerti…
    4 jempol buat wanita yang indah ceritakan tadi..

    salam hangat dari bulan

    • Hi sahabat kecilku Usagi:
      Senang menerima kunjungan di awal pagi.
      Hehehe… “cadar” itu kalau dalam bahasa Melayu Malaysia adalah kain untuk lapisan tempat tidur, Usagi.. :D
      Setuju sahabat, kecantikan itu berada pada hati dan budi keimanan.

      Kalau untuk sahabatku, diberi 4 jempol
      Untuk Indah (sang penulis ini) dapat berapa jempol ya.. :D
      Salam hangat juga dari Indahkasihku di bumi.

    • Hi Denuzz Sang Burung Hantu..
      Alhamdulillah… mudahan ramai yang baik persepsinya terhadap wanita berpurdah ini. Sungguh mereka insan yang cantik akhlaknya.

      Mudahan tidak ada dalam kalangan wanita yang memakai purdah bersikap sebaliknya agar mereka yang benar-benar cantik akhlaknya tidak tercemar nama hanya gara-gara seorang dua yang tipis imannya. Wallahu’alaam.
      Terima kasih ya.
      Salam akrab juga dari Indahkasihku.

    • Hi Menome..
      Subhanallah… Indah baru tahu, rupanya “purdah” itu maksudnya “cadar” di Indonesia. Hehehe… Indah baharu sahaja membuka kamus digital Indonesia untuk memahami maksud “cadar” tersebut.

      Maka maksud “cadar” itu adalah kain penutup muka untuk wanita, samalah dengan purdah atau juga berselubung (menutup kepala). Wah… Indah mendapat perbendaharaan baharu kepada maksud purdah ini.

      Terima kasih buat Menone dan MyLitleUsagi kerana memaklumi perkataan CADAR = PURDAH.
      Salam kenal ya Menone. :D
      Terima kasih hadir ke taman Ilmu indah.

  2. sungguh merupakan surga dunia jika memiliki wanita yang cantik luar dan dalam… betul sekali Indah bagi yang merasa tidak cantik tidak perlu perlu berkecil hati karena Allah tidak memandang dari kecantikan fisik seseorang namun dari iman dan ketaqwaannya.. nice post..salam hangat dariku… :)

    • Ummurizka:
      Kecantikan itu milik semua insan, Ummi.
      Maka tidak ada yang tidak cantik menurut pandangan Allah SWT.
      Hanya manusia sahaja yang membeda-bedakannya.

      Terima kasih Ummi kerana berkunjungan.
      Indah senang sekali.
      Salam kasih dari Indahkasihku.

  3. Sungguh beruntung lelaki yang berhasil mendapatkan wanita yang taat dengan aturan agama, seperti pemakaian burdah tsb. Selayaknyalah pemakaian burdah perlu disebar luas fungsi dan kegunaannya agar wanita muslimah semakin terjaga kesuciannya dan dapat menghindarkan diri dari fitnah2 yang tidak berdasar.

    • Ifan Jayadi:
      Untuk memakai purdah ini bukan hal yang mudah seperti dijangka oleh segelintir orang, Fan. Ia memerlukan keputusan yang jitu dan pengorbanan jiwa yang tulus dan murni. Banyak cabaran yang dihadapi oleh pemakai purdah ini terutama penerimaan dari keluarga sendiri dan pihak yang tidak memahami konsep pemakaiannya.

      Semoga akan ramai yang memahami betapa pemakaian purdah adalah satu kewajiban agama yang dituntut bagi menjaga maruah dan kehormatan para muslimahnya. Amiin.

      Terima kasih Fan kerana memahami tentang konsep pemakaian purdah/burdah ini. Indah menghargai pendapat Ifan.
      Salam penuh keindahan dari Indahkasihku.

    • Final Party:
      Kecantikan yang murni harus dipelihara rapi sejak kecil melalui pendidikan yang berteraskan kesucian agamanya. Mudahan saudara akan dapat mencarinya walau sulit sekali pun.
      Salam kenal juga dari Indahkasihku. :D

    • ‘Ne:
      Bagaimana mahu menyebut nama anda ini ya.
      Hehehe… Indah sudah usaha tapi tidak tahu betul atau tidak sebutannya.
      iya… begitulah namanya:
      PURDAH = BURDAH = CADAR = BURGA
      terima kasih kembali ‘Ne, kerana berkunjung ke mari.
      Salam kenal juga dari Indah. :D

    • Eidariesky:

      Terima kasih ya… atas undangan walimatul urus yang pertama kali Indah terima melalui maya. Indah rasa sangat dihargai walau belum pernah mengenali… sudah diundang. Indah rasa sangat terharu dan maafkan Indah kerana tidak dapat menghadiri. hanya doa dari jauh dikirimkan buat kedua mempelai yang sudah disatukan allah SWT hatinya.

      Subhanallah… sunnah Rasulullah SAW yang terindah buat dua hati yang saling menyinta. Semoga anda dibarakahi Allah dengan kedamaian dan kebahagiaan hingga ke akhirat. Indah mendoakan juga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak soleh dan solehah.

      “Baarakallahu lakuma wabaaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair”

      Salam penuh keindahan dan salam perkenalan dari Indahkasihku.

    • Red:
      Masya Allah… yang empunya blognya tidak secantik yang digambarkan oleh saudara Red. Aduhh… kenapa pipi ni jadi “pink” pulak… hehehe. Malu. :D
      Amiin.. mudahan Indah selalu solehah dan cantik diluar dan dalamnya. Terima kasih atas kunjungan.
      Salam keindahan selalu.

    • Wa’alaikum salaam Andipeace
      Apa yang dilakukan semuanya sudah dalam ketentuan Allah dan usaha untuk ke arah tersebut adalah keinginan yang tak pernah difikirkan sebelumnya.

      Salam kenal dari Indahkasihku. :D

  4. alangkah indahnya hari ini, meski hati sedang dihadiahi sekuntum badai, namun kutemui hikmah di taman indahmu ini.

    terus terang, saya sangat tertarik dengan wanita yang memakai cadar…selalu saja tertarik…entah itu usianya berapapun, dimana saja, mereka sangat terlihat tidak ternilai harganya, dan saya kadang iri dengan para suami yang mendapatkan istri seperti itu….semoga Allah memaafkan saya atas sifat iri tersebut. thank’s 4 share indah….

    • Akhi Usup Supriyadi:
      Alangkah indahnya hari-hari yang kau lalui kerana dihadiahi Allah SWT dengan badai kasih sayang untuk keampuhan imanmu. Laluilah segalanya dengan sabar dan tenang. Alhamdulillah… jika hikmah itu dapat ditemui di Taman Indahkasihku. Indah sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas cerminan nur yang indah dan bermanfaat dariNya.

      Subhanallah… jarang Indah mendengar lelaki tertarik dengan wanita memakai purdah ini. Segelintir lelaki tidak sanggup menerima kehadiran wanita berpurdah kerana dibimbangi mendapat tentangan dari keluarga mereka. Mudahan Akhi Usup akan menemui “permata” yang bernilai zamrud ini untuk menghiasi kehidupan di dunia dan akhirat.

      Tidak menjadi kesalahan dalam agama kalau mengirikan sesuatu yang baik dan menjadi harapan kepada kita untuk mendapat kebaikan yang sama. Semoga harapan itu dimakbulkan Allah SWT. Amiin.

      Salam penuh keindahan dari Indahkasihku selalu. :D

  5. Kecantikan datangnya dari Allah yang maha kuasa.
    Saat ia datang dan diberikan kepada umat manusia, syukurilah.
    Sekaligus berhati-hatilah, karena segala cobaan bisa saja datang menimpa bila kita tidak kuat menyikapinya.

    • Hi Azzahra..
      Namamu mengingatkan Indah kepada seseorang yang menjadi sahabat purdahku.
      Terima kasih kembali berkunjung setelah sekian lama tidak bersapa.
      Indah senang dan mengharapkan kebaikan dari sapaan ini selalu.
      Mudahan kita senantiasa mensyukuri setiap keindahan dan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
      Semoga terpelihara semua keindahan itu dalam iman dan takwa.
      Salam penuh keindahan selalu dari Indahkasihku. :D :D

  6. Subhanaallah..ini baru wanita yg beriman..sgt indah dan cantiknya ciptaan Allah..ini kan pula bidadari di syurga untuk lelaki2 yang soleh…

    • Hi Nur Qaseh:
      Nama yang menyejukkan dan indah disebut.
      Alhamdulillah… mudahan kecantikan dan keindahan yang Allah pinjamkan kepada kita akan meningkatkan keimanan kepada-Nya.
      Subhanallah… bidadari syurga itu tentu terlebih berganda-ganda cantiknya.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung.
      Salam keindahan Ramadhan dari Indahkasihku.

  7. belum lama ini saya mengenakan purdah(cadar berlapis kain tipis menutupi seluruh wajah) serta sarung tangan, saya merasa menjadi wanita paling istimewa bagi suami walaupun banyak orang menatap aneh saat saya berada ditempat umum tapi saya malah merasa nyaman sekali berpakaian seperti ini.bagi saudaraku muslimah lain cobalah kalian mencoba berpurdah kalian akan memiliki perasaan yang sama.salam kenal untuk yang punya blog ya

  8. Salam kenal sahabatku Muslimah.
    Senang dapat disapa oleh teman purdah yang baru.
    Memang dunia purdah ini punya keistimewaan tersendiri yang tidak dapat dirasai kecuali oleh mereka yang bertekad untuk menggunakan dengan alasan tersendiri seperti yang Indah nyatakan di atas.

    Berbahagialah sahabat dan suami karena menjaga syariat dengan baik. Semoga anda selalu istiqamah dan beriltizam menjalani kehidupan di bumi Allah SWT ini.

    Salam indah dari Indahkasihku.:D

  9. Assalammualaikum..bolehkah sy tny bbpa soalan kpd saudari Indah mgenai pmakaian purdah krn sy tgh mbuat kajian mgenai purdah. soalan 1 : knp saudari memakai purdah? 2: Hukum mgenai pmakaian purdah tidak bgitu diketahui oleh remaja masa ini dan juga org2 tua, bgaimanakah saudari mgetahui mgenai hukum ini. 3: Apakah klebihan yg saudari rasa @ dpt apabila memakai purdah. 4: apakah pengalaman yg saudari alami spnjg memakai purdah ini. Saya hrp saudari dpt mbntu sy dlm myelesaikan kekeliruan mengenai purdah ini. Terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam Hanna…

      Maaf, kerana baru sahaja menyempat diri untuk membalas komentar Hanna. Indah tidak tahu apakah jawaban kepada soalan Hanna masih relevan lagi dengan kajian Hanna. Walaupun begitu Indah akan menjawab juga. :D

      1. Asalnya ikut nasihat kawan aja.
      2. Melalui pengajian dan kuliah/ceramah
      3. rasa tenang dan tidak rasa diganggu, iman terjaga.
      4. semuanya baik dan diterima.

      Indah harap dapat membantu, Hanna.
      Terima kasih kembali.

  10. Assalamualaikum ukhty indah..
    salam ukhuwah fillah..
    Subhanallah blognya sangat indah seperti namanya, ana sangat senang dengan keistiqomahan ukhty2 semua yang mengenakan purdah
    Bersyukurlah bagi yang sudah memakainya karena butuh banyak pengorbanan
    ana sendiri ingin sekali memakainya tetapi belum kesampaian juga
    Paling baru bisa pakai masker ketika keluar rumah sebagai pengganti purdah
    semoga istiqomah ya ukhty :)
    Semoga Allah memberi kesempatan ana juga untuk bisa merasakan keindahan itu karenaNya
    Allahumm amiin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Ukhty Mutiara Hati…

      Memang benar, memakai purdah memerlukan pengorbanan dan melalui banyak hal yang menggugah hati jika tidak istiqamah. Mudahan setiap yang baik dan ikhlas dilakukan selalu dimudahkan Allah. Aamiin.

      Indah doakan ukhty akan berkesempatan melakukannya dan digandingkan dengan mereka yang menyokong keinginan ukhty tersebut. Aamiin. Salam kenal dari Indah :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s